Saturday, 11 August 2012

NAK TINGGALKAN MALAYSIA??

teringat masa MASA KECIK DULU....AKU BERCITA-CITA NAK TINGGALKAN MALAYSIA,SEBAB SAYA RASA BOSAN DUDUK MALAYSIA...
saya rasa MALAYSIA ni NOTHING....TAK DE APE-APE....beberapa negara telah aku jelajahi....
BANGLADESH,KEMBOJA,SINGAPURA,THAILAND,ABU DHABI,SAUDI ARABIA dan kini menetap di BUMI AMBIYA di pinggir bandar AMMAN,JORDAN iaitu di magfar sweileh...
menetap di tanah air orang ni pada mulanya menggembirakan..namun setelah beberapa ketika,perit sangat ku rasakan...hingga kalau aku terlihat gambar KLCC dalam internet pun air mataku mampu menitis...
apatahlagi kalau aku ternampak gambar makanan2 dalam malaysia..........aku bukanlah rindu pada keluarga sangat pun sebab hari-hari aku boleh skype tapi perasaan yg memilukan hati ini ialah perasaan rindukan malaysia...inilah perasaan yg tak pernah aku rasa sebelum ini...mungkin semua kawan2 yg sedang berada di luar negara atau pernah belajar di luar negara pernah merasakan perkara yg sama.....sekarang aku merasakan malaysia everything...inilah bumi bertuah..bumi berjasa....hanya orang yg berada di perantauan saja mampu menyelami dan menghalusi jiwa kecil ku ini....hati bagai di gilis bayu...bumi ini yg mengajar aku A,B,C,D....BUMI INI MENGAJAR AKU alif,baa,taa...BUMI INI MENGAJAR AKU nombor satu sampai sepuluh...besar sungguh jasa bumi malaysia pada diriku...

LAGU NI MEMBUATKAN AIR MATA AKU BERCUCURAN MACAM PAIP BOCOR



Saya sayang MALAYSIA

Saya sayang keharmonian rakyatnya. Berbilang kaum tanpa mengira darjat dan
 bangsa.

Saya sayang perayaan di dalam Malaysia. Unik. Baik India, Cina mahupun Melayu..

semua menyambutnya seakan-akan kita ini satu keluarga.

Saya sayang keamanan Malaysia. Keluar masuk rumah tanpa ada pertumpahan darah.

 Saya sedih dengan nasib rakyat2 dalam kancah peperangan. Syukur saya di Malaysia.
 Tidak ada semua itu.

Saya sayang barang2 Malaysia. Saya bangga dengan ciptaan anak tempatan.

 Paling tidak sudah menembusi pasaran luar. Proton, Dato Jimmy Choo,

 Dato Michelle Yeoh, Dato Siti Nurhaliza, Dato Lee Chong Wei..saya 
gembira dengan pencapaian kalian!

Saya suka makanan Malaysia. Celik mata aje, sudah ada makanan.

 Pelbagai pula tu. 24 jam lagi! Warna warni dan sangat sedap!

Saya sayang keperihatinan Malaysia. Lekas memberi bantuan pada yang memerlukan.

 Hantar misi bantuan tidak kira dimana saja. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Saya sayang bendera Malaysia. Saya letakkan antara tertinggi dalam 

hidup saya selepas agama Islam. Sejak kecil melihat bendera itu berkibar
 
di mana2 sahaja tanpa rasa jemu. Tiap kali Negaraku dimainkan, 

saya hormat berdiri-menyanyi bersama.
::: 

Perjuangan yang lepas usahlah kalian abaikan. Imbaulah kembali 

saat getir orang terdahulu dalam membina negara selesa yang 

kita duduki sekarang ini. Ya..mungkin ada perselisihan faham 

antara kita, tak kira soal politik, sosial atau apa sahaja. Lupakan

 sekejap demi menyambut kemerdekaan yang kita raikan ini.Sudah 
53 tahun, bukan? Bukan satu usia yang muda lagi.. 

Tugas kita yang muda ini, peliharalah nuansa kemerdekaan yang kita sudah perolehi 

dari penjajah. Mungkin konsep 'jajahan' sekarang sudah berbeza. Itu hakikat yang kita 

harus akui. Bersatu, saling menghormati, toleransi serta kerjasama dapat 
memupuk semangat nasionalisme antara kita, sesama kita:) 



Saya sayang MALAYSIA

Anda? 


saya sayangkan malaysia sangat2!!selamatkan malaysia...






SALAM RAMADHAN.....
SEKIAN BUAT KALI INI,
dr pakar sakit iman,
khanndaie@blogspot.com

No comments:

Post a Comment