Thursday 16 August 2012

MERSING bumi bertuah......


AKU bersyukur kerana lahir di bumi bertuah ini...aku membesar di sini dan di sinilah tempat tumpah darah keturunanku..walaupun jauh beribu batu di perantauan namun kau tetap di hatiku...ibu ku orang Kampung Tenglu Batu 5 dan ayah ku orang Kampung Tanjung Genting..memang Anak Jati Mersing..lahir dan membesar di sini...kalau kat sekolah dulu,semua orang balik kampung bila time raya tapi keluarga kami tidak,sebab rumah atok dan nenek memang pergi hari-hari..dekat sangat dari rumah kami..ayah ku adalah cucu kepada Tuan Guru Imam mukree,seorang ulama taikun di Mersing sekitar taun 60-80 an...
alhamdulillah syukur,ada juga dalam diri ku ini mengalir darah Alim Ulama'...kalau lah atok nenek aku artis ke, penyanyi pub ke, penjual tiket fun-fair ke,juara idola kecil suara emas ke,,manelah aku nak letak muka..heheee...

MERSING ialah bumi yg mempunyai pantai yg indah,puluhan pulau-pulau yg menarik,ikan-ikan yg segar,udara yg sihat,keropok-keropok lekor yg di usahakan sendiri dan banyak lagi kelebihan Bumi Mersing yg aku berbangga lahir di Mersing....
Pantai MERSING yg indah kini telah di cemari maksiat...
ikan pun dah rasa kurang sedap TAK MACAM dulu lagi 
sebab pantai di cemari maksiat....



aku berasa berat hati untuk meninggalkan Mersing semasa mula-mula aku di tawarkan untuk masuk SMK AGAMA BANDAR PENAWAR,Kota Tinggi selepas tamat darjah 6 kerana kawan-kawan ku semua di sini...tetapi ibu ku berkata,
"kalau ibu ada peluang macam along,ibu pun akan sambung belajar dan tak nak sekolah menengah di mersing,cukuplah sekolah rendah dan tadika di sini"...selepas tamat sekolah menengah di Bandar penawar...sekali lagi aku kene tinggalkan Mersing jauh beratus batu...aku mendapat tawaran untuk menyambung pengajian aku di bumi Perlis indera kayangan...nun jauh 12 jam perjalanan menaiki bas dari basten Mersing..aku langsung tak pernah rasa bangga apatahlagi rasa syok duduk kat tempat orang..duduk mersing lagi best...kini tanpa ku sangka dan menjangka,aku telah berada di Bumi Jordan,lebih jauh ribuan batu dari bumi Mersing...kalau lah aku dapat pinjam pintu doraemon tu,aku nak balik Mersing hari-hari...tak nak tidur kat jordan ni..hehehe..


bandar mersing baru....



Rasulluloh S.A.W berasa sedih apabila ingin tinggalkan Makkah sewaktu hijrah Madinah kerana itulah tempat lahirnya Baginda dan tempat Baginda membesar...begitulah aku, sebagai insan yg mempunyai naluri kecintaan kepada Baginda S.A.W, Aku turut sedih untuk meninggalkan Mersing namun telah ku pasak dalam diri ini semangat yg kuat, anak Mersing ini harus bangkit....buktikan pada dunia yg anak kelahiran Mersing bukan lah bodoh dan tak mampu berjaya dalam hidup seperti orang lain seterusnya mengharumkan nama Agama dan negara di persada dunia....


bandar mersing dalam kerinduan hati ini


Mengikut sejarah, Mersing telah dibuka pada
 tahun 1892 oleh Dato’ Bentara Luar iaitu MOHD
 SALLEH BIN PERANG. Tapi menurut temubual dengan Encik Hussin bin Mohamad, Dato’ Bentara Luar hanya menjalankan kerja-kerja mengukur Daerah Mersing.
Cerita lisan mengenai nama Mersing yang pertama ialah sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Singh ataupun Men Singh. Beliau dikatakan telah melarikan diri dari Pahang kerana membawa gundik Sultan Pahang.
Cerita Lisan Kedua KANGKA adalah nama yang cukup popular mengenai Mersing berasal dari bahasa Hokkien yang bererti ‘MUARA’. Sekitar 1880 an, Sungai Mersing merupakan persinggahan kapal-kapal dagang seperti Kapal Hong Yat yang membawa ikan kering. Barang dipunggah melalui jeti yang dinamakan Jalan Jeti di situ dan wujudnya masyarakat Cina sebagai pembuka nama mersing.
Mengikut Abdul Malek Munip, imigran-imigran cina yang berada di seluruh negeri johor termasuk Mersing digalakkan berhijrah daripada Maharaja Abu Bakar di bawah sistem Kang Chu, sistem itu dijalankan di Sungai Besar Johor dimana orang cina menanam gambir dan lada hitam.
Sebagai menyahut saranan Baginda imigran membuka penempatan di Kangka dengan nama Kangka Apeng dan sekarang dikenali sebagai Estet Kuala Mayang ditanami getah dan kelapa sawit.
Nadi pembangunan Mersing ialah kegiatan pertanian seperti rancangan FELDA, FELCRA dan RISDA. Pembukaan tanah itu mengubahkan sedikit-sedikit wajah Bandar mersing.
Daerah Mersing yang ada pada masa itu mempunyai petempatan yang berselerak seperti Lubok (kini dikenali sebagai Pengkalan Batu, Tenglu, Sri Pantai dan tempat-tempat lain). Kesemua tempat ini mempunyai cara yang tersendiri mendapat namanya.
Pada zaman pendaratan Jepun di Mersing, mereka telah membakar kawasan Bandar Mersing dan memusnahkan jalanraya dan jambatan konkrit yang dibawa oleh Inggeris. Pusat Pentadbiran Jepun masa itu, kini telah didirikan Bangunan Majlis Daerah Mersing.
Penduduk asal Mersing pula, pada zaman dahulu kala berasal dari negeri Terengganu. Ini dibuktikan dengan terdapatnya beberapa kampung yang mengusahakan keropok lekor ikan. Ada juga antara penduduk tempatan yang fasih bertutur dalam telor Terengganu.
Kira-kira 40 km dari Mersing, terdapat sebuah pekan yang dinamakan sebagai Endau. Pekan Endau mendapat nama daripada nama seorang peranakan India yang bernama “Endau” yang menetap di situ walaupun kawasan itu pada mulanya dibuka oleh Dato’ Mohd Ali atas perintah Temenggong Ibrahim. Pekan Endau dikatakan maju kerana menjadi tumpuan orang-orang Cina berniaga, menjadi nelayan dan pembalak-pembalak di kawasan hulu Sungai Endau. Rumah-rumah rakit dibina di kawasan pinggir Sungai Endau dan juga di muara sungai pada awal pembukaannya di Mersing. Pada tahun 1902, Encik Awang Ali (Awang Daik) telah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Kerajaan bagi Endau. Pada tahun 1915 hingga 1916, beliau telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Kerajaan bagi Endau dan bersara pada 1 Februari 1920. Pejabat Kastam juga telah ditubuhkan pada masa itu untuk ditugaskan memungut cukai dari pedagang-pedagang yang menjalankan perniagaan di Pekan Endau.
Terdapat banyak bahan mentah di Endau. Antaranya kayu balak, hasil-hasil hutan seperti rotan, damar dan juga gading gajah. Hasil-hasil laut dikeringkan dan dijual keluar dari Endau. Kebanjiran penduduk-penduduk Cina dikawasan Endau terbukti dengan adanya perkampungan baru yang dinamakan Kampung Hubong. Juga terdapat satu petempatan tentera bagi mengawasi dan menghalang pengaruh komunis di kawasan tersebut. Kesan-kesan tinggalan askar kini dijadikan sebuah sekolah agama bagi anak-anak tempatan.

bandar Mersing tercinta...


Kira-kira 25 km dari Mersing dan 20 km dari 
Endau, terdapat sebuah pusat peranginan yang sedang dibangunkan. Kawasan tersebut dinamakan Teluk Sari bersempena dengan cerita-cerita orang dulu yang akan bermalam sehari di teluk itu apabila berulang-alik dari Endau ke Mersing. Manakala nama Penyabong berasal sempena dengan kebiasaan lanun-lanun yang menetap di situ menjadikan tempat itu sebagai kawasan menyabong ayam. Kemunduran Endau dipercayai berpunca dari sumpah anak Pahang bernama Damak. Antara bunyinya "bagi orang-orang Endau, masa hadapan bandar ini tidak akan maju seperti apa yang telah saya buat". Hal ini tidak dapat dipastikan kebenarannya namun jika benarlah maksud kata-kata itu, bermakna Endau tidak diberi perhatian dalam usaha-usaha pembangunannya.
Salah satu mukim yang terdapat di dalam Daerah Mersing yang sejarahnya berkait rapat dengan sejarah Mersing ialah mukim Tenglu. Tenglu dikatakan mendapat nama dari persahabatan yang erat antara pemuda Melayu, Abul dan pemuda Cina, Lam Seng yang telah membawa kepada kerjasama untuk menanam getah di kawasan yang terletak lebih kurang 5 batu dari Sungai Mersing. Setelah menjalani proses pembersihan kawasan dan penanaman, mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan makanan. Abul tidak tahan menanggung risiko ini dan ingin segera kembali ke Mersing. Beliau telah berkata kepada Lam Seng "Tinggallah Lu" sehingga terbitlah nama Tenglu

orang-orang lama mersing sekitar tahun 60-an
Sebagai satu-satunya daerah di Johor yang dimasukkan dalam ECER, Mersing boleh mengharapkan sejumlah RM300 juta peruntukan bagi memastikan segala perancangan koridor untuk menjadikan Mersing sebagai bandar eko-pelancongan menjadi kenyataan.
Bertepatan dengan pemilihan sektor perlancongan sebagai teras ekonomi Mersing di bawah ECER, antara pembangunan fizikal yang pasti berlaku ialah pembangunan eco resort di tapak 18 ekar bekas Rumah Persinggahan milik Yayasan Pelajaran Johor berhampiran dengan Hospital Mersing. Selain dari itu pembinaan jalan yang lebih baik untuk memudahkan lagi perhubungan antara daerah ini dengan bandar-bandar utama di sekelilingnya termasuk Kuantan, Johor Bahru dan Kluang.

walaupun di perantauan,mersing tetap di hati ku....



Meskipun belum diumumkan, satu laluan baru yang menghubungkankan Mersing dengan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) melalui Kluang dan Kahang akan diwujudkan. Apabila ini berlaku, perhubungan darat antara Pantai Barat dan Pantai Timur di bahagian selatan semenanjung akan menjadi lebih efisen.
Laluan baru yang dicadangkan untuk merancakkan lagi ekonomi kawasan ini ialah menghubungkan Johor Bahru dengan Sedili terus ke Mersing melalui jalan pesisir pantai. Laluan ini dilihat sebagai usaha menarik minat rakyat Singapura yang sememangnya gemar memandu ke Malaysia terutama ke destinasi pelancongan berpantai. Mersing tidak mempunyai jaringan kereta api tetapi boleh berbuat demikian melalui Stesen Kereta Api Kluang yang terletak 90 kilometer ke barat Mersing.Stesen kereta api ini yang paling dekat bagi daerah Mersing.
Selain pulau dan pantai, taman negara endau-rompin yang juga merupakan hutan simpan tertua dunia terletak dalam daerah Mersing. Ia menawarkan pelancongan berbentuk pengembaraan yang begitu popular di kalangan orang Eropah dan Amerika seperti yang dilihat di Sabah dan Sarawak. Bagi peminat aktiviti lasak, sebuah kem latihan milik Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) juga menawarkan aktiviti Ikhtiar Hidup di hutan dan pusat latihan ini wujud semenjak 1974 di Sekakap.


pantai air papan mersing yg indah....

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah menerima beberapa cadangan daripada sektor swasta untuk memastikan Mersing benar-benar menepati statusnya sebagai antara destinasi pelancongan utama. Antaranya ialah meluaskan kawasan daratan di Mersing dengan menebus tanah di hadapan bandarnya supaya jeti yang digunakan untuk membawa pelancong ke pulau-pulau berhampiran dapat digunakan sepanjang masa walaupun ketika air surut. Penebusan tanah ini mengambil kira alam sekitar tanpa merosakkan khazanah alam sekitar. Pembinaan lombong emas berkonsepkan eko pelancongan / pendidikan juga sedang dipertimbangkan dan akan menaik taraf status ekonomi di Mersing. Dikatakan bahawa 80 peratus tanah di daerah Mersing mempunyai kandungan emas dan bahan-bahan galian yang berharga.


Gambar tinggal kenangan..Mersing telah melalui pembangunan dan 
kini pasar Ikan ini telah menjadi bandar tepian sungai Mersing...



Ketika ini penggunaan jeti begitu terhad ketika air pasang akibat pemendapan di muara Sungai Mersing. Pembangunan pesat yang bakal berlaku di daerah ini juga dijangka membawa kesan sampingan seperti penghijrahan penduduk luar bandar ekoran peluang pekerjaan yang lebih luas. Dianggarkan terdapat 56,100 peluang pekerjaan wujud menjelang 2020 di Mersing (10% dari jumlah peluang pekerjaan di ECER).
Mersing kini mempunyai kira-kira 83,000 penduduk dengan 65 peratus daripadanya tinggal di kawasan luar bandar.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR BATIN KU UCAPKAN BUAT SEMUA WARGA BUMI BERTUAH MERSING TERUTAMA YG MENGENALI DIRI INI...
KEPADA SELURUH PAKCIK MAKCIK,SANAK SAUDARA YG BERADA DI MERSING,TIDAK LUPA JUGA KEPADA GURU-GURU SAYA DI SJK(C) PAI CHEE MERSING,DARI TADIKA HINGGA KE DARJAH 4,AKU MENIMBA ILMU DARI KALIAN...GURU-GURU SK TENGLU MERSING DARI DARJAH 5 HINGGA DARJAH 6,KALIAN MENGAJAR KU ERTI KEHIDUPAN..GURU-GURU DI SEKOLAH AGAMA SAWAH DATO',SEKOLAH AGAMA BUKIT TIMBALAN DAN SEKOLAH AGAMA TENGLU,SEMOGA ILMU AGAMA YG KALIAN CURAHKAN DAPATLAH AKU GUNAKAN UNTUK MENABUR BAKTI PADA AGAMA DAN ANAK BANGSA......


KENANGAN RAYA BERSAMA KELUARGA 4 TAHUN YG LALu..
KENANGAN AIDILFITRI TAHUN LALU





SEKIAN BUAT KALI INI,
SALAM AIDILFITRI DAN SALAM KEMERDEKAAN,
DR PAKAR SAKIT IMAN,
khanndaie@blogspot.com

2 comments:

  1. best..la...bumi mersing....haha
    abe chik..nantikn...
    ye..angah.. :)

    ReplyDelete
  2. benar....mersing mmg sgt2 best..

    ReplyDelete