Monday 18 March 2013

RaGam MusIM haJI...

Dalam musim haji ni,bermacam garam ragam umat manusia yg datang dari seluruh pelusuk dunia akan kita lihat...huhuhu...nak tunjukkan pada kita begitu ramainya umat Baginda S.A.W....
nak sedarkan kat kita juga betapa Sahabat R.A telah jalankan usaha dakwah dengan bersungguh-sungguh hingga Islam telah sampai hingga hujung dunia..


UMAT.....


HIDAYAT UMAT...


pakaian tradisional belah-belah africa


NEGARA CHINA

auntie-auntie negara china

aku cuba untuk mulakan perbualan dengan auntie dari china dalam bahasa arab sebab aku dengar2 mereka boleh cakap arab jadi aku tak cakaplah bahasa mandarin..
aku: انت صنى anti sini..(awak org cina)???
jap lagi auntie tu jawab,,,,,,,,,
auntie: انا سنى ana sunni......(saya ahli sunnah)..

punya lah beza soalan sinni dengan sunni,...hahaha..


cinta negara...

Haji dari Krgystan....

africa lagi....

uzbezkisstan..





tengah seronok bebual..hahahaa

geng CAMERON..huhuuu...bincang macam mana 
nak Islamkan samuel etoo pemain bola CAMERON..haaha


baju ada peta..hahaa

geng BIRU....aku bukan BN

GENG hijau...
aku tak pernah pergi HIMPUNAN HIJAU


geng TRINIDAD TOBAGO MONTENEGRO


HAJI dari bangladesh


SYIAH PUN BUAT HAJI


SYIAH TENGAH CERAMAH


KHIDMAT KERETA UNTUK WARGA EMAS

AWEKS PUN DIA BAGI....tak adillll

geng PINK TAMIL NADU

geng KAZAKHSTAN

AUNTIE-auntie china bermesyuarat sebab tak puas hati 
makan kat hotel xde nasi goreng cina dan kailan ikan masin..haha

GENG TUDUNG KUNING

GENG TUDUNG HIJAU SELAMBA

GENG WARNA CREAM


GENG BIRU CAIR..

DUDUK berdua mengenang MEMORI silam masa kecil

dari bosnia...


BERMACAM-MACAM RAGAM UMAT MASA MUSIM HAJI....KADANG-KADANG TERGELAK TENGOK....BILA SEMUA ADAT DAN BUDAYA BERHIMPUN ATAS SATU MAKSUD IAITU
HAJI...MAKA KEAMANAN DAN KEDAMAIAN KITA DAPAT LIHAT....
YANG KITA TAK BOLEH LIHAT WAKTU TIME-TIME MACAM NI IALAH ANAK-ANAK DARA ARAB DAN TURKI YANG APABILA LIHAT TERUS RASA NAK REBAH....haha...
tak caya???????sapa yg pernah datang haji,tahu lah....




SEKIAN BUAT KALI INI,
DR PAKAR SAKIT IMAN,
KHANNDAIE@BLOGSPOT.COM

Tuesday 5 March 2013

Dakwah TERTIB Makki....

DAKWAH TERTIB MAKKIAH

SYUKUR SANGAT ALLAH telah pilih buat usaha Agama...usaha Agama bersifat alami...satu dunia kita begerak insyALLAH ada saja rakan seusaha akan tinggal di sana dan menanti kita..

Dakwah ini terbahagi dua jenis...

1-usaha baironi atau intiqoli(buat dakwah di tempat orang atau pun negara orang atau pun untuk bangsa lain)

2-usaha maqomi(dakwah di kampung sendiri,untuk keluarga dan jiran tetangga)

semua Ambiya A.S buat usaha maqomi tapi tak semua ambiya buat usaha baironi atau intiqoli..

tertib dakwah pulak terbahagi 2..

1-tertib makki(tertib dakwah semasa Nabi SAW di Mekah dulu masa mula2 dakwah dengan berhati-hati)

2-tertib madani(dakwah semasa Nabi DI Madinah bersifat bebas tak perlu berhati-hati)

KEBIASAANNYA dakwah tertib makki ni di buat di rumah-rumah seperti Baginda dahulunya buat di rumah Arkam bin Abi Arkam...

dakwah madani pula buat di masjid-masjid atau di surau-surau bebas kemana sahaja mahu begerak..

ada beberapa negara di dunia ini yg menggunakan tertib makki...antaranya seluruh rusia,saudi arabia dan beberapa negara yg pernah di perintah komunis...BIASANYA negara yg agak peraturannya agak ketat menggunakan tertib makki..


ANTARA RUMAH YG MENJAMU JEMAAH HAJI...RUMAH MEREKA BANGLO BESAR
DAN WAJIB ADA PETA DUNIA AGAR SETIAP SAAT DAPAT RISAU UMAT MENDERITA
SATU DUNIA DAHAGAKAN AGAMA


sesampai di Madinah ni,waktu tu musim haji...jadi umat dari seluruh dunia datang..langkah 2,3 langkah dah jumpa satu dunia...tak perlu berhabis duit nak tgk bangsa lain..heheee...

syura-syura arab usaha Dakwah di Madinah ini ialah ulama2 dan juga pemilik hotel2 besar sekita masjid Nabawi...mereka memang berjiwa ansar..jadi setiap hari kami di arahkan begerak untuk cari mana-mana orang malaysia yg sedia di bawa ke rumah-rumah mereka untuk di jamu makan dan dengar dakwah dari mereka...kebanykkan mereka pernah keluar dakwah di Malaysia....lepas isyak je,org yg dah kita tashkel tu kita bawa ke babul salam dan kereta-kereta mewah akan datang ambil dan bawa kita ke rumah banglo mereka...

makan apa????haaa....nasi arab,kambing,unta,ayam,susu unta,bermacam-macam jus dan desert buah-buahan bermacam-macam jenis..hahaa...puas makan..setiap hari lepas isyak makan free..hehe...tapi bukan orang melayu je ada..satu dunia orang dia ajak makan tp dia dah bahagi-bahagikan rumah mana yg kita nak kene pergi..jadi dia minta kita terjemahlah ikut bahasa masing2 agar jemaah haji yg datang tu faham...bayan mereka sekitaR nak terangkan maksud sebenar tuan-tuan datang buat haji...

DI ANTARA MAKANAN YG DI SEDIAKAN...
APA TUNGGU LAGI BRO????



BILA nak pulang selepas bayan,dia bagi hadiah pulak buah kurma yg di bungkus dengan kotak yg cantik..orang-orang yg datang haji pun terkesan..heehee...

antara syura arab Madinah...
syeikh Abu Jarrah....syeikh Abu Majid.....
pemilik hotel green palace yg sangat dekat dgn Masjid NABAWI




Namun apa sahaja keputusan mesyuarat orang ajam akan di bawa kepada syura urdu..hanya orang arab sahaja di benarkan bawa usul pada syura arab...sekian...nanti sambung lagi..

yang penting hari-hari kene fikir alami......BERANI???
beli lah peta..boh kat bilik...



SEKIAN BUAT KALI INI,
DR PAKAR SAKIT IMAN,
KHANNDAIE@BLOGSPOT.COM

Monday 4 March 2013

SAMpai MADINAH...


TERINGAT MASA mula-mula sampai BUMI MADINAH dulu...bumi yg tersimpannya Jasad Insan yg sangat Agung....hanya insan terpilih sahaja yg dapat menjejakkan kaki di bumi ini..
IMAM MALIK rah. akan tanggalkan sepatu nya bila masuk saja bumi Madina kerana tidak layak untuk aku memakai sepatu di bumi yg tersimpannya jasad Baginda S.A.W...........


BUMI MADINAH AL-MUNAWWARAH



SERONOK SANGAT MENERIMA TAWARAN MADINAH....tak pernah ku sangkamaku di terima belajar di Bumi Baginda.....walaupun orang kata,nanti jadi wahabi lah...aku pedulikan semua tu..yg penting,aku dapat hampir dengan Baginda yg sgt ku cintai..setiap yg langkah yg ku langkah di bumi ini,kebarangkalian besar Baginda dan 124000 ashabi nya pernah pijak...udara yg ku hirup di bumi ini,udara yg sama Baginda pernah hidup...bumi ini tersimpan seribu satu kenangan yg sgt indah dan mendalam...kami hidup di setiap saat bersama athar di depan mata....

Satu dunia insan yg Beriman pasti di lubuk sanubari mereka tersimpan keinginan untuk datang ke bumi ini...menziarahi Baginda...ada telah simpan duit bertahun2...namun kami datang dengan percuma..ini adalah satu anugerah kurnia dari Ilahi yg wajib aku syukuri...


senarai nama pelajar yg visanya telah siap


nak masuk university Islam Madina ni bukan mudah seperti yg di sangka..dah di terima masuk pun nak uruskan visa payah sgt..setelah tiket dan visa kami di tunda hampir sebulan lebih kami tunggu,akhirnya kami dapat tarikh sebenar kami berlepas ke Bumi Madinah..sorang pun saya tak kenal dari senarai2 pelajar yg di terima masuk...sebanhgian besar pelajar2 ni dari Mahad Tahfiz Pulai Chondong condong belah mana  ,Kolej Hafiz Klang dan Darul Quran....aku????biasa2 je..tak hebat macam deme deme ni...


ISLAMIC INTERNATIONAL UNIVERSITY OF MEDINA AS-SHAREF



Masa dalam airport KLIA  lah kami kenal mengenal....masa tu baru aku kenal FIRDAUS NAIM...dia lah yg sangat bekerja keras membantu kami dalam buat urusan visa untuk ke Madina dan DANIAL MADANI pula pelajar senior yg membantu kami dari jauh...jasa kalian tak ku lupakan..semoga ALLAH mudahkan urusan kalian kerana banyak membantu kami....dalam flight aku kenal-kenal dengan semua pelajar yg sama2 mendapat tawaran....wajah-wajah mereka penuh NUR dan tampak perasaan yg sgt gembira juga berdebar-debar menanti flight mendarat di bumi Baginda....

dalam flight semua senyap je...dahlah flight kosong..hehee


ALHAMDULILLAH....kami tiba di airpot Madina di sambut dengan senior dan ada bas yg datang ambil kami..sampai2 je airport dah kena beratur ambil gambar untuk buat iqomah(ic saudi sementara).......
pastu..beg aku pulak kene tahan..katanya ada barang larangan...hahahaha...MESIN pengesan bagasi tu berbunyi..aku pun saspen gak..sebab tempat orang..lahjah ammiah diorang pulak berbeza...

RUPA-RUPANYA......



 cehhh..minyak atar MYDIN je pun...hahahhaa...ingatkan apa tadi...



baru tiba Bumi Madinah..perasaan ALLAH je yg tahu...



tunggu bas amek.....


Heeeheeee.......KEMUDIAN...TIBALAH KAMI DI ISLAMIC UNIVERSITY OF MEDINA UNTUK PENDAFTARAN PELAJAR BARU...SELAMAT TINGGAL TANAH AIR KU...AKU PERGI BERJUANG DI PERANTAUAN DAN SATU MASA AKU AKAN KEMBALI INSYALLAH...




SEKIAN BUAT KALI INI,
DR PAKAR SAKIT IMAN,
KHANNDAIE@BLOGSPOT.COM