Sunday 14 October 2012

SEBELUM TINGGALKAN JORDDAN

RINDU rasa hati ini dengan bumi jordan.....banyak kenangan yg tak mudah untuk aku lupakan di sana..kenangan bersama sahabat-sahabat yg baik sangat di sweileh tak mudah untuk aku lupakan begitu saja...


di depan university of jordan yg di rindui

apatah lagi kenangan buat usaha Agama bersama-sama dengan orang arab...rasa diri macam anak emas masa tu..kat amman,aku sorang pelajar MELAYU yg buat usaha..yg lain semua arab...buat usaha di kalangan orang arab...cepat boleh cakap arab...kat madina ni,buat usaha bersama orang melayu,di kalangan org melayu je..orang arab cuma bagi zihen kat rumah dia je..kita tak buat usaha sama2 dgn mereka sebab ni tertib dakwah makki...

masa kat jordan,banyak juga orang-orang markaz yg rapat dengan aku...yang paling rapat n dah macam ayah aku ialah hazrat syeikh AHMAD RAFATEH....anak amer sap besar jordan zaman hadratji INAMUL HASAN....ade dapat ofer anak dia...cun...cuma aku kurang berkenan sebab kalau boleh aku nak orang melayu...pandai masak asam pedas..tomyum....kari..hehee..

anak saya dengan isteri arab..haa..anak jiran lah..org syria..



masa nak balik hari tu...aku ade bagi masyaikh-masyaikh teh strawberi cameron..hee..suka lah diorang...masa malam mesyuarat sweileh,aku bawa dari rumah teh strawberi yang dah siap masak n kek lapis sarawak...kek mereka makan...cuma air mereka tak mahu minum...

syeikh tu kata "SHAI MALIZI YUJAD SUKKAR"(Teh malaysia ade gula)...mereka kalo minum teh suka yg herba n tak de gula..hahaa...pastu sorang syeikh ni dia rasa teh ana,dia ma fi sukkar(xde gula lah)..pastu baru org lain rasa...hehee..



masa nak balik,ana call syeikh ahmad rafateh tu kata ana dapat madinah..dia suka sangat nak jumpa kat markaz...pastu kereta pulak tak de...ana telifon dia kata kereta tak de...dia kata dia datang...brapa orang kat rumah???dia nak bawa makanan...ana kata 5 tapi diorang ade kerja..padahal xde kerja pun tapi tak mahu jumpa orang tabligh...beselah dak malaysia....pastu ade sorang mamat ni nak marah-marah aku.."kenapa kau suruh tabligh datanag rumah??p cari rumah lain lah"...dalam hati aku,sombong nyer...cakap macam orang xde akhlak...

tak lama kemudian syeikh sampai..semua menyorok dalam bilik...aku sorang layan syeikh kat luar..syeikh datang bawa makanan...dia suruh panggil semua...semua keluar termasuk mamat poyo tu...syeikh bawa nasi arab seperiuk besar..dia langsung tak guna peralatan rumah kami..dia dah bawa siap semua dari rumah dia termauk sudu...bagus betul fikirman ni..tak nak nyusahkan sape2...dia baru balik keluar uganda...dia bagi karguzari dia dakwah ramai kristian di sana..orang selalu kata tabligh hanya dakwah orang ISLAM...sedangkan tabligh juga ade dakwah orang kafir tapi tak kan nak sibuk-sibuk cerita kat orang sampai masuk dalam paper...dalam tengah makan tu..dia zihen n taskel...hikmah sangat...kemudian dia pun balik..aku rindu sgt syeikh tu...semoga jumpa di syurga....





makanan yg tak berabeh....seperiuk syeikh??


bersama hazrat syeikh ahmad rafateh


masa nak balik...beratnya hati nak berpisah sebab dia baik sangat...hehe..aku akan kenang dia dalam memori hidup aku..

bersama syeikh ahmad rafateh....

kemudian malam esok nya malam terakhir sebelum balik malaysia..kawan-kawan baik di sweileh ajak keluar makan macam jamuan akhir lah di tempat lepak biasa kami di babul yaman mat'am...kawan sebilik saya iaitu presiden amman yg belanja makan...
makan macam-macam termasuk murtabak muzz...mutabak yang ade inti pisang n madu...sedap tol..pastu 
maksub(pengat pisang bermadu)..
nasi arab lauk kambing lahh...dengar nasehat dari ust akramin tentang belajar madinah..mereka suruh ana talaqqi dengan syeikh rabi mandkholli..ulama salafi yg terkenal dengan fatwa yg agak keras..hee..
saya sayang sangat keluarga sweileh..mereka baik sgt2....bahagia tinggal di sana..di madinah ni,baru nak kenal-kenal orang...huhuhu...
moga saya dapat tinggal terus di sini...sayang sangat kat RASULLULOH...BUMI YANG SANGAT MULIA TERSIMPAN JASAD BAGINDA...


sahabat yg sangat ku rindui..
HAKIM,LOQMAN,FARKHAN,ARIF AMIN,AHMAD ARIF,MURSYID
semoga kita berjumpa lagi insyALLAH amin...


KENANGAN DI TEMPAT LEPAK..MALAM TERAKHIR...



SEKIAN BUAT KALI INI,
DR PAKAR SAKIT IMAN,
khanndaie@blogspot.com



MADINAH??

maulana SHOEI...di depan maqam RASULLULLOH...




 



SEJARAH MADINAH

Yathrib. Inilah nama asal bagi Madinah sebelum kedatangan Rasulullah dalam peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi.

Madinah telah menjadi ibu kota negara Islam yang pertama. Ia menjadi tempat pentadbiran dan perkembangan tamadun Islam. Jika sebelum berhijrah, Rasulullah terpaksa berdakwah secara bersembunyi, tetapi di Madinah, Rasulullah mula menyampaikan dakwah secara terbuka dan lebih sistematik. Alhamdulillah, penduduk Madinah telah dapat menerima kedatangan Rasulullah dengan baik.






Penduduk asal Madinah terdiri daripada kaum Arab dan Yahudi. Bangsa Yahudi terdiri dari 3 puak utama iaitu Bani Qainuqa', Bani Nadhir dan Bani Qurayzah manakala Bangsa Arab terdiri daripada Qabilah Aus dan Qabilah Khazraj. Mereka semua selalu bertelagah dan selalu bergaduh di antara satu sama lain.

Apabila kedatangan Rasulullah, mereka semua bersatu melalui perjanjian antara semua kaum seperti yang terkandung di dalam Piagam Madinah. Pada masa inilah, nama Yathrib ditukar oleh Rasulullah kepada Madinah.

KELEBIHAN BUMI MADINAH

Madinah bumi barakah. Ini adalah janji Rasulullah. Al Madinah Al Munawwarah merupakan kota suci kedua bagi Umat Islam selepas Kota Suci Mekah.

Berikut merupakan keistimewaan yang dijanjikan oleh Rasulullah terhadap bumi Madinah.

1) Rasulullah SAW menjadikan Madinah sebagai Tanah Haram dan berdoa untuk keberkatan ahlinya

2) Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya Nabi Ibrahim telah mengharamkan Mekah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sebagaimana Nabi Ibrahim telah mengharamkan Mekah. Dan aku berdoa untuk (keberkatan) cupak dan gantangnya sebagaimana Nabi Ibrahim telah berdoa untuk Mekah.

3) Rasulullah SAW bersabda : Madinah adalah tanah haram, letaknya diantara Bukit E'ir dan Bukit Thur; Barang siapa melakukan kezaliman (maksiat) didalamnya, maka keatasnya laknat Allah, Malaikat dan manusia seluruhnya dan semua amalan baiknya yang wajib ataupun sunat tidak diterima oleh Allah kelak di Hari Kiamat.

4) Kelebihan Bersabar Menanggung Kesusahan Yang Dihadapi Di Madinah : Rasulullah SAW bersabda : Mana-mana individu dari ummatku yang bersabar menanggung kesusahan dan kepayahan di Madinah, aku akan memberi syafa’at kepadanya pada Hari Kiamat, atau aku menjadi saksi kepadanya.

5) Kelebihan Mati Di Madinah : Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah dilakukannya, sesungguhnya aku akan memberi syafa’atkepada mereka yang mati di Madinah.

 DALAM MASJID NABAWI...


6) Kelebihan Belajar Di Masjid Nabawi : Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang memasuki masjid kami ini untuk mempelajari satu kebaikan atau mengajarnya adalah umpama mujahid di jalan Allah dan sesiapa yang masuk dengan tujuan lain adalah umpama orang yang melihat kecantikan barang orang lain.

7) Madinah Terpelihara Daripada Ancaman Dajjal Dan Wabak Taun : Rasulullah SAW bersabda : Disetiap pintu masuk Madinah terdapat malaikat

8) Madinah Sebagai Tapak Iman : Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah sebagaimana ular kembali ke lubangnya.

9) Kelebihan Bersolat Di Masjid Nabawi : Rasulullah SAW bersabda : Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang dilain-lain masjid kecuali 

 di Masjidilharam.


10) Kelebihan Bersholat 40 Sholat Di Masjid Nabawi : Rasulullah SAW bersabda :Sesiapa bersolat 40 waktu solat di masjidku (secara terus-menerus) tanpa meninggalkan satu solat pun, maka ditulis untuknya keselamatan daripada api neraka, keselamatan daripada adzabnya dan terlepas daripada (bahaya) nifaq (munafiq).

11) Di bumi inilah terletaknya Makam Rasulullah dan para sahabat yang memperjuangkan Islam.

2) Di Masjidil Nabawi, terdapat kawasan yang dipanggil Raudhah. Rasulullah S.A.W bersabda : "Di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman taman Syurga."

Cuba bayangkan. Ada jemaah yang datang ke Tanah Suci tidak tahu kelebihan Madinah ini. Mereka datang tetapi mereka tidak akan merebut untuk berusaha melakukan yang terbaik ketika berada di sini.

Sebagai contoh, ada jemaah yang tidak mengetahui kelebihan bersolat 40 waktu secara berterusan di Masjid ini, ada di antara jemaah kami yang bersolat hanya di dalam hotel.Walaupun, jarak hotel dengan masjid hanya sekangkang kera cuma.

TENGOK BELAKANG TU MAQAM SHUHADA UHUD...ADE TULISAN MELAYU KAT PAPAN TU..HEEHEE



Ada jemaah, yang mengeluh sukar untuk mendapat tempat di Raudhah kerana orang terlalu ramai. Kesannya, dia pergi ke Madinah tanpa berpeluang memasuki Raudhah. Terlepas dia peluang untuk masuk ke salah satu daripada taman taman syurga yang terdapat di dunia ini. Sekiranya dia tahu fadhilat ini, saya yakin dia pasti akan berusaha untuk masuk ke Raudhah walaupun terpaksa berebut rebut dengan orang lain.





SEKIAN BUAT KALI INI,
DR PAKAR SAKIT IMAN,
khanndaie@blogspot.com