Thursday 26 July 2012

AYAH!!!! KENAPA SAYA KENE SEKOLAH CINA????



(Dalam kelas saya)



TIBA-TIBA ALLAH MENGATUR DIRIKU UNTUK TERINGAT MASA AKU KECIK DULU...AKU SEORANG BUDAK YG NAKAL..RUMAH AKU DEKAT DENGAN LAUT DAN BELAKANG RUMAH AKU IALAH SEKOLAH RENDAH MELAYU...AKU MEMANG TERINGIN SANGAT NAK g SEKOLAH SEBAB HARI-HARI TENGOK BUDAK2 PERGI SEKOLAH MESTI LALU DEPAN RUMAH AKU....

AYAH AKU SEORANG PEMBANTU MAKMAL DI SEKOLAH MENENGAH CHINA PAI CHEE MERSING JOHOR...WALAUPUN DIA DAH 22 TAHUN KERJA KAT SEKOLAH TU TAPI SAYANGNYA SEPATAH PERKATAAN CINA PUN DIA TAK TAHU..heheee...rugi tol..DIA ADA RAMAI KAWAN-KAWAN CINA...KAWAN-KAWAN DIA BAGITAHU,KALAU ADA ANAK,HANTAR LAH SEKOLAH CINA...SEBAB KALAU DAPAT MENGUASAI BAHASA CINA,TU SATU KEMAHIRAN YG tak SEMUA ORANG ADA DAN MUDAH UNTUK BERURUSAN JUAL BELI DENGAN CINA YG MANA PADA MASA TU SEMAKIN HARI SEMAKIN BANYAK KEDAI-KEDAI BESAR SEMUA BAWAH KELOLAAN CINA...

MASA AKU UMUR 6 TAHUN,AYAH AKU HANTAR AKU KE SEKOLAH CINA...AKU PUN PELIK DAN HERAN..APESAL LAH AKU KENE HANTAR SEKOLAH CINA...KAWAN-KAWAN AKU SEMUA SEKOLAH MELAYU Yg BELAKANG RUMAH AKU TU....DAH LAH DAK CINA ADA YG TAK MANDI....issshhhh...yerkkk...
kembang tekak aku tengok...berak pun tak basuh..ada ke guna tisu je...tahulah tu pun kira istinjak tapi air kan lebih awla..DALAM KELAS AKU ADE DAK MELAYU 2,3 Orang...dak india  2 orang...YG LAIN SEMUA DAK CINA....PELIK LAA...KENAPA LAH AYAH AKU HANTAR AKU SEKOLAH CINA?????



(masa sekolah cina dulu)





AKU PUN TANYA AYAH...AYAH,KENAPA HANTAR ALONG SEKOLAH CINA????
AYAH AKU JAWAB "KALAU ALONG SEKOLAH CINA,NANTI ALONG BOLEH CAKAP CINA..BILA ALONG BOLEH CAKAP CINA,NANTI KALAU ALONG KERJA GAJI ALONG BESAR SEBAB BOLEH CAKAP CINA"
owhh..MACAM TU..BARULAH AKU FAHAM...AKU PUN KE SEKOLAH DENGAN NIAT NAK PANDAI CAKAP CINA,BILA PANDAI CAKAP CINA NANTI KERJA DAPAT GAJI BESAR...SIANG HARI AKU SEKOLAH CINA..PETANG PULAK AKU SEKOLAH AGAMA BELAJAR FARDHU AIN..MALAM PULAK AYAH AKU HANTAR AKU KE MADRASAH UNTUK HAFAZ QURAN..TU LAH RUTIN HARIAN AKU...SEMAKIN LAMA AKU SEMAKIN FASIH..SEKOLAH CINA NI BEST..AKTIVITI TAHUNAN TU MACAM-MACAM ADA...makanan sedap2 kalau ada aktiviti...KALAU g KEDAI CINA,AYAH AKU SURUH AKU CAKAP CINA,NAK LATIH AKU n DIA PUN NAK MINTA HARGA MURAH..hahaa..(pandai ayah aku)...KALAU KITA PANDAI CAKAP CINA,HARGA MEMANG LAIN..PASTU KITA FAHAM KALAU ADA TOKEY KEDAI TU KUTUK MELAYU...KALAU RAYA CINA,AKU g BERAYA RUMAH CIKGU-CIKGU...cikgu pun FAHAM HALAL HARAM....heehee...KADANGKALA AKU TIDUR RUMAH KAWAN CINA SEBAB ULANGKAJI PELAJARAN...KAT SEKOLAH CINA,KAMI MINORITI...KALAU ADA BUDAK CINA KACAU KAMI,KAMI AKAN PANGGIL SEORANG GENGSTER MELAYU KAT SEKOLAH NI NAMA TARMIZI..DIA AKAN DATANG DAN BAGI AMARAN KAT BUDAK-BUDAK CINA..AKU DENGAR2,SEKARANG DIA DAH JOIN KONGSI GELAP CINA..emmm..entahlah..kesian dia...KAT SEKOLAH AKU TU,MAJORITI BUDAK PEMBANGKANG..SEBAB MASA TU KAMI SEMUA DAK MELAYU FANATIK KAT ANWAR IBRAHIM n TUAN GURU NIK AZIZ...KAMI BEBAS UNTUK BAWA BENDERA KEADILAN KE SEKOLAH...ZAMAN KAMI ZAMAN REFORMASI ANWAR IBRAHIM...BUDAK-BUDAK CINA MASA TU PUN SOKONG ANWAR IBRAHIM..MASA NI AKU BETUL-BETUL FANATIK DENGAN ANWAR IBRAHIM...



                  NI LAH ABG HADI YEOH ABDULLOH
GURU DAKWAHKU DALAM BAHASA CINA


MASA AKU DARJAH 4,AKU TELAH MENGIKUTI USAHA DAKWAH & TABLIGH...DI KELAS AKU KAT SEKOLAH CINA MASA TU ADA SEORANG CINA KRISTIAN..NAMA NYER JACKSON...AKU SELALU MUZAKARAH DENGAN DIA TENTANG AGAMA,SEBAB AKU KATA,JESUS YG KAU SEMBAH TU BAGI KAMI ADALAH PROPHET...DIA DENGAR DAN TAK DE JAWAB APA..KAMI KAWAN BAIK  SEBAB KAMI SAMA-SAMA MEWAKILI SEKOLAH UNTUK OLAHRAGA LUMBA LARI DAN LOMPAT TINGGI...






inilah pakaian sekolah cina



MASA DARJAH 4 NI LAH AKU MULA PERGI SEKOLAH PAKAI KUPIAH..DI SEKOLAH CINA,LELAKI PAKAI SELUAR PENDEK DAN PEREMPUAN PAKAI SKRIT..TAPI AKU PAKAI SELUAR PANJANG PASTU PAKAI KUPIAH LAK..SAMPAI CIKGU-CIKGU CINA INGAT AKU BALIK HAJI...ADA SORANG CIKGU YG AKU MEMANG SAYANG SGT DARI DARJAH SATU..NAMANYA LEE MEI SIONG....DIA AJAR MATEMATIK..SELALU AKU SKOR "A"..KALAU SEKOLAH CINA,MATEMATIK insyALLAH POWER SEBAB TEKNIK MATEMATIK DIA SPECIAL..SAMPAI SEKARANG AKU tak RETI BACA SIFIR BAHASA MELAYU...BIASANYA KALAU AKU NAK KIRA APA-APA MESTI GUNA BAHASA CINA...BUKAN BERLAGAK TAPI MEMANG TAK TAHU NAK KIRA KALAU GUNA BAHASA MELAYU....DALAM MASA yg SAMA AKU MENGIKUTI JEMAAH TABLIGH PERGI KELUAR BERDAKWAH...ADAKALANYA AKU MENGIKUTI PROGRAM JEMAAH ABIM dan PAS sebab kuarga aku aktivis pas....MASA TU AKU RASA BETAPA PENTINGNYA AKU MELIBATKAN DIRIKU DALAM DAKWAH...




cikgu pun pakai skirt..kuatkan iman..



SELEPAS SPM,AKU IKUT JEMAAH TABLIGH PERGI KELUAR BERDAKWAH..KAMI DI HANTAR KELUAR BERDAKWAH DI SG DUA,penang..DI SITU ADA KAWASAN ORANG CINA...ALHAMDULILLAH DENGAN KEMAHIRAN YG ALLAH KURNIAKAN PADA AKU..AKU BOLEH BERTUTUR DENGAN MASYARAKAT CINA DI SITU....AKU CUBA MENERANGKAN KEPADA MEREKA TENTANG AGAMA ISLAM..SATU HARI,AKU TERJUMPA SEORANG ABANG CINA BERSOLAT DI SURAU TEMPAT AKU KELUAR..AMER SAP AKU BaGiTAHU,TU ORANG CINA..AKU PUN PERGI DEKAT DIA DAN SALAM DIA..DAN TANYA DIA BETUL KE DIA ORANG CINA...DIA KATA BETUL..DIA MASUK ISLAM..NAMA DIA ABANG HADI YEOH...AKU MINTA DIA AJAR AKU PERKATAAN yg AGAMA ISLAM guna DALAM BAHASA CINA SEBAB PERKATAAN-PERKATAAN NI KAMI TAK DI AJAR DI SEKOLAH...ALHAMDULILAH,BANYAK AKU BELAJAR DARI ABG HADI YEOH..DIA DAH MACAM ABANG AKU DAH..DIA BAIK SGT...ASBAB DIA AKU DAH BOLEH GUNA BANYAK PERKATAAN AGAMA DALAM DAKWAH KEPADA KAUM CINA...WALAUPUN SELEPAS SEKOLAH CINA,AKU MASUK SMK AGAMA BANDAR PENAWAR,BELAJAR BAHASA ARAB..TAPI SAMPAI SEKARANG,BAHASA CINA AKU LAGI FASEH DARI BAHSA ARAB...



(MASA DI SMK AGAMA BANDAR PENAWAR,JOHOR)




SEKARANG BARU LAH AKU TAHU HIKMAH ALLAH..KENAPA ALLAH HANTAR AKU SEKOLAH CINA....BUKAN UNTUK DAPAT GAJI BESAR TAPI ADALAH UNTUK MAKSUD DAN TUJUAN YG LAGI AGUNG IAITU MEMBAWA DAN MENDAKWAH MANUSIA KEPADA NYA....SATU JALAN KERJA YG SANGAT AGUNG..KERJA YG PERNAH DI JALANKAN OELH PARA AMBIGA AMBIYA A.S....
SAMPAI SEKARANG AKU MASIH MELIBATKAN DIRI DALAM DAKWAH..KADANGKALA AKU PERGI MARKAZ PAS UNTUK PROGRAM DAKWAH PARTI DAP DAN MUZAKARAH BERSAMA MEREKA...baru ni di UNIVERSITY OF JORDAN,AKU JUMPA KAWAN CINA DARI NEGARA ChINA,AKU PUN SPEAKING mandarin..DIA TAK PERCAYA AKU ORANG MELAYU..DIA KATA KAU NI CINA..AKU PUN PELIK..TAK KAN KULIT MACAM AKU NI CINA..HEEEHEE
"HANTARLAH ANAK-ANAK KE SEKOLAH CINA ATAS MAKSUD DAKWAH DAN BUKAN UNTUK DAPAT GAJI BESAR..heeehee..aku bersedia untuk di hantar berdakwah di negara cHina,,,cuma tunggu pilihan dari ILAHI yg maha KUasa...sahabat NABI yg tak pandai cakap cina pun dah sampai sana berdakwah dan SHAHID di maqamkan di sana,,,aku yg pandai cakap cina ni BILA LAGI??????"





SEKIAN BUAT KALI INI,
DR PAKAR SAKIT IMAN,
khanndaie@blogspot.com

Saturday 21 July 2012

wanita solehah untuk lelaki soleh.....











Pada suatu hari, Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di pinggir kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat sebiji buah epal jatuh ke luar pagar sebuah kebun buah-buahan. Melihat epal yang merah ranum di atas tanah itu, maka terliurlah Tsabit. Lebih-lebih lagi pada hari yang panas terik dan rasa lapar serta haus. Maka tanpa berpikir panjang dia mengambil epal itu dan memakannya. Akan tetapi baru setengahnya di makan dia teringat bahawa buah epal itu bukan miliknya dan dia belum mendapat izin pemiliknya.

Maka ia segera pergi ke dalam kebun buah-buahan itu untuk menemui pemiliknya agar menghalalkan buah apel yang telah dimakannya. Di kebun itu ia bertemu dengan seorang lelaki. 

“Aku sudah memakan setengah dari buah epal ini. Aku berharap kamu boleh menghalalkannya,” kata Tsabit kepada lelaki itu.

“Aku bukan pemilik kebun ini. Aku hanya pekerjanya yang ditugaskan merawat dan menguruskan kebunnya,” jawab orang itu.

“Dimana rumah pemiliknya? Aku mahu menemuinya dan minta agar dihalalkan epal yang telah kumakan ini,” Tsabit berkata lagi dengan nada menyesal.

“Apabila engkau ingin pergi kesana maka engkau harus menempuh perjalanan sehari semalam,” kata lelaki itu. 

“Tidak mengapa. Aku akan tetap pergi menemuinya, meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan epal yang tidak halal bagiku kerana makan tanpa izin pemiliknya. Bukankah Rasulullah Saw sudah memperingatkan kita bahawa: ‘Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka’,” kata Tsabit yang bertekad untuk menemui si pemilik kebun itu. 

Apabila Tsabit tiba dirumah pemilik kebun itu, dia mengetuk pintu. Setelah si pemilik rumah membukakan pintu, Tsabit langsung memberi salam dengan sopan.

“Wahai tuan yang pemurah, saya sudah terlanjur makan setengah dari buah epal tuan yang jatuh ke luar kebun tuan. Kerana itu sudikah tuan menghalalkan apa yang sudah saya makan?”

Lelaki tua yang ada di hadapan Tsabit mengamatinya dengan cermat. Lalu dia berkata. “Tidak, aku tidak boleh menghalalkannya kecuali dengan satu syarat.”

Tsabit merasa khuatir dengan syarat itu kerana takutd ia tidak boleh memenuhinya. 

“Apakah syaratnya tuan?” Tsabit bertanya.

“Engkau harus mengawini putriku!” segera ia bertanya orang itu menjawab.

Tsabit tidak memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu. “Apakah kerana hanya aku makan setengah buah epalmu yang jatuh ke luar dari kebunmu, maka aku harus mengahwini putrimu?” dia bertanya dengan hairan.

Tetapi pemilik kebun itu tidak melayan kata-kata Tsabit. “Sebelumbernikah, engkau harus mengetahui dulu kekurangan ankku ini. Dia seorang yang buta, bisu, dan tuli. Lebih dari itu ia juga seorang gadis yang lumpuh!” kata lelaki itu sekadar menambah kegusaran Tsabit.

Tsabit amat terkejut dengan keterangan si pemilik kebun. Dia berfikir, apakah perempuan seperti itu patut menjadi isterinya hanya kerana memakan setengah buah epal tanpa keizinan pemiliknya? 

“Selain syarat itu, aku tidak boleh menghalalkan apa yang telah kau makan,” tambah pemilik kebun itu lagi. 

Kemudian, Tsabit menjawab dengan tenang. “Baiklah, aku terima pinangan ini dan berkahwin dengan anakmu. Aku telah bertekad akan mengadakan transaksi dengan Allah Rabbul 'Alamin. Untuk itu aku akan memenuhi kewajiban-kewajiban dan hak-hakku kepadanya karena aku amat berharap Allah selalu meridhaiku dan mudah-mudahan aku dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi Allah Ta'ala.”

Kemudian, pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu membawa dua orang sebagai saksi akad nikah mereka. Sesudah itu, Tsabit dipersilahkan masuk menemui isterinya. Sewaktu Tsabit hendak masuk bilik pengantin, dia berfikir untuk mengucapkan salam biarpun dia tahu isterinya tuli dan bisu. Dia tahu kerana Malaikat yang berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu. 

Apabila dia mengucapkan salam, Tsabit terkejut kerana wanita telah menjadi isterinya itu menjawab salamnya dengan baik. Ketika Tsabit mengulurkan tangan menghampiri wanita itu, sekali lagi Tsabit terkejut kerana itu menyambut huluran tangannya.

Dalam hatinya, Tsabit berkata, “Kata ayahnya, dia wanita tuli dan bisu tetapi dia boleh menyambut salamnya dengan baik. Jika demikian wanita yang di hadapanku ini dapat mendengar dan tidak bisu. Ayahnya juga mengatakan bahwa dia buta dan lumpuh tetapi ternyata dia menyambut kedatanganku dengan ramah dan mengulurkan tangan dengan mesra pula,” Tsabit berpikir mengapa ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan kenyataan yang sebenarnya.

Setelah itu Tsabit duduk disamping isterinya. “Ayahmu mengatakan kepadaku bahwa engkau buta. Mengapa?” dia bertanya. 

“Ayahku benar, kerana aku tidak pernah melihat apa-apa yang diharamkan Allah,” jaawab isterinya.

“Ayahmu juga mengatakan bahawa engkau tuli. Mengapa?” Tsabit bertanya lagi.

“Ayahku benar, kerana aku tidak pernah mendengar berita dan cerita orang yang tidak membuat ridha Allah. Ayahku juga mengatakan kepadamu bahwa aku bisu dan lumpuh, bukan?" tanya wanita itu kepada Tsabit yang kini sah menjadi suaminya. 

Tsabit mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan isterinya. Selanjutnya wanita itu berkata, "aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal aku hanya mengunakan lidahku untuk menyebut nama Allah saja. Aku juga dikatakan lumpuh kerana kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh mendatangkan kegusaran Allah.”

Tsabit amat bahagia mendapatkan istri yang ternyata amat saleh dan wanita yang akan memelihara dirinya dan melindungi hak-haknya sebagai suami dengan baik. 

“Ketika kulihat wajahnya, Subhanallah, dia bagaikan bulan purnama di malam yang gelap,” kata Tsabit yang berbangga tentang isterinya.

Tsabit dan isterinya hidup aman dan bahagia. Tidak lama kemudian mereka dikurnai seorang putera yang ilmunya memancarkan hikmah ke penjuru dunia. Itulah Abu Hanifah An Nu'man bin Tsabit.











sekian buat kali ini,
DR PAKAR SAKIT IMAN,
khanndaie@blogspot.com

permintaan mas kahwin FATIMAH yg hebat!!!





Ketika Allah memerintahkan Rasulullah untuk mencarikan suami bagi anaknya, Rasulullah memanggil semua sahabatnya tanpa sebarang diskriminasi.

“Allah memerintahkan aku untuk memberitahu kamu bahawa sesiapa yang mampu membaca seluruh Al-Qur’an pada malam, ini boleh menikahi puteriku, Fatimah, jika dia menerimanya,” kata Rasulullah.

Malam itu, semua sahabat berusaha menyelesaikan seluruh bacaan Qur’an, kecuali Ali bin Abi Talib yang pulang ke rumah untuk tidur. Ketika Bilal mengumandangkan azan subuh, semua orang berkumpul di masjid termasuk Rasulullah saw. 

Ketika Nabi menanyakan siapa yang sudah menyelesaikannya, tidak seorangpun menjawabnya, kerana amat susah menamatkan 30 juz dalam waktu 7-8 jam saja. Namun Ali bin Abi Talib berkata, “Ya Rasulullah saw, aku telah menamatkan seluruh Al-Quran semalam.” 

Sahabat-sahabat yang lain melihat ke arah Ali dengan hairan. “Bagaimana kamu menyelesaikannya? Bukankah kamu tidur semalaman,” tanya salah seorang dari mereka.

“Tidak, aku memang menyelesaikannya,” Ali menjawab.

“Siapa saksimu, Ali?” soal Rasulullah saw.

“Allah adalah saksiku dan engkau, ya Nabi saw adalah juga saksiku,” Ali menjawab ringkas.

“Aku membaca ‘Laa ilaha ill Allah, Muhammad Rasulullah’ sebanyak 3 kali, Astaghfirullah (70 kali), Surah Al Fatihah (1 kali), Surah Al Ikhlas (3 kali), Surah Al Falaq (1 kali), Surah An Naas (1 kali), Laa ilaha ill Allah (10 kali), dan Selawat Nabi ‘Allahumma solli alaa Muhammadin wa alaa ali muhamaddin wa salim’ sebanyak 10 kali,” Ali menyambung. 

“Sebagaimana Allah memberi kesaksian, aku juga memberi kesaksian bahwa Ali telah menyelesaikan seluruh bacaan Qur’an. Jika kamu membaca seperti apa yang dibaca oleh Ali, sama seperti dia membaca 30 juzuk Al Qur’an,” kata Rasulullah saw.

“Fatimah, apakah engkau menerima Ali sebagai suamimu?” Rasulullah saw. bertanya pada puterinya.

“Dengan satu syarat,” Fatimah menjawab.

Semua sahabat mulai memandang pada Ali, Fatimah dan kemudian kepada Nabi. Ketika Nabi saw berfikir mengapa Fatimah mengajukan syarat itu, malaikat Jibril turun dan berkata pada beliau, “Wahai Nabi, jangan tergesa-gesa mengambil keputusan, Allah Yang mengatakan padamu untuk menanyakan syarat apa yang ingin dia ajukan.” 

“Apa syaratmu, Fatimah ?” tanya Rasulullah saw. 

“Syarat itu bukan untuk Ali, tapi dari diriku sendiri. Jika ini dipenuhi, maka aku menerimanya. Jika tidak, aku menolak untuk menikah dengan Ali” jawab Fatimah.

Kemudian Jibril mengingatkan Rasulullah saw. akan pesan Allah untuk menanyakan apa syarat yang diinginkannya. 

“Sekarang dengarkan apa yang Allah letakkan pada hati Fatimah, sebagai manfaat dan darjat para wanita dalam kerohanian, ” kata Jibril

“Apa syaratmu, Fatimah?” sekali lagi Nabi bertanya

“Aku selalu mendengarmu berdoa bagi umatmu siang dan malam. Engkau mengatakan Ya Allah, izinkan aku memimpin umatku untuk-Mu! Ampuni mereka ! Sucikan mereka! Angkatlah semua dosa-dosa, kesulitan dan beban-beban mereka!” jawab Fatimah,

“Aku mendengarmu ya Rasulullah, dan melihat bagaimana engkau menderita demi umatmu. Dari apa yang engkau tuturkan, aku tahu bahwa ketika wafat, dalam kubur, dan kiamat nanti engkau akan selalu menyebut, Umatku..Umatku ! Pada Allah. sebagaimana cintamu pada umatmu seperti itu juga yang ada dalam hatiku. Aku ingin seluruh umatmu sebagai mas kahwinku. Jika engkau menerimanya, aku bersedia menikah dengan Ali,” sambung Fatimah sebagai menyatakan keinginannya.

Apa yang diminta oleh Fatimah adalah seluruh umat Nabi, semua tanpa terkecuali sebagai mas kahwinnya. Oleh itu kerana ia tidak terletak ditangannya, Rasulullah perlu menunggu kedatangan Malaikat Jibril yang lama tidak juga menampakkan dirinya. 

“Allah menyampaikan Assalamu'alaikum kepadamu dan menerima permintaan Fatimah. Allah swt menganugerahan apa yang dimintanya sebagai mas kahwin untuk bernikah dengan Ali,” kata Jibril ketika dia datang.

Segera Nabi berdiri dan mengerjakan solat 2 rakaat sebagai rasa syukur pada Allah swt. Fatimah ternyata mementingkan pengorbanannya bagi umat Nabi saw. Tidak seorang umat pun yang akan berada diluar mas kahwin Fatimah, kerana jika Allah menarik satu umat dari mas kahwin itu, maka pernikahannya dengan Ali dianggap tidak sah. 









sekian buat kali ini,
dr pakar sakit iman,
khanndaie@blogspot.com

Kisah lawak si bijak JUHA al-kufi....

Kisah 1

Pada suatu hari, Abu Bakar Al-Kalbi pergi ke Kufah untuk menemui seorang Hakim. Sebaik sampai di sana, dia berjumpa seorang lelaki yang sedang duduk berjemur di bawah panas matahari.

“Wahai tuan, di manakah rumah tuan hakim?” tanya Abu Bakar Al-Kalbi kepadanya. 

“Di belakangmu,” jawab lelaki itu. 

Abu Bakar berpatah balik ke belakang untuk mencari rumah yang dimaksudkan. 

Tiba-tiba lelaki itu menegur, “Subhanallah, mengapa engkau berpatah balik ke belakang?” 

“Tuan kata di belakangmu, jadi saya berpatah balik ke belakanglah,” jawab Abu Bakar dengan jujur.

“Dengarlah kataku ini wahai saudara. Ikramah meriwayatkan kepadaku dari Ibnu Abbas mengenai firman Allah iaitu surah Al-Kahfi, ayat 79 yang bererti, ‘Kerana di belakang mereka ada seorang raja yang mengambil setiap perahu dengan paksa.’ Ikramah berkata, di belakang mereka maksudnya di hadapan mereka,” kata lelai itu. Barulah Abu Bakar Al-Kalbi faham rumah tuan hakim yang dicari ada didepannya.

“Subhanallah” kata Abu Bakar kerana kagum. Kemudian dia bertanya, “Tuan ini siapa?”

“Abul Ghusn,” jawabnya. 

“Nama yang sebenar?” tanya Abu Bakar lagi. 

“Juha,” jawabnya.


Kisah 2


Abu Hasan menceritakan kisah seorang lelaki yang mendengar suara orang berteriak dan mengadu kesakitan di rumah Juha.

“Aku dengar suara pekikan di rumah tuan, apakah yang berlaku?” tanya lelaki itu kepada Juha.

“Jubahku jatuh dari atas rumah,” jawab Juha. 

“Err...jubah jatuh pun sampai terpekik-pekik?” 

“Engkau ini bodoh. Jika kau sedang memakai jubah dan jubah yang dipakaimu jatuh, bukankah engkau ikut jatuh bersama?” kata Juha.


Kisah 3


Pada suatu hari, seorang jiran Juha meninggal dunia dan dia bertanggungjawab ke atas majlis pengkebumian. Lalu, dia menemui seorang penggali kubur bagi menyuruhnya menggali sebuah kubur. 

Tetapi terjadi pertengkaran antara Juha dan penggali kubur itu berkaitan upah menggalinya. Tukang gali itu meminta upah sekurang-kurangnya lima dirham dan jika tidak, dia tidak mahu menggali. 

Juha tidak setuju bayaran sebanyak itu. Tiba-tiba dia pergi ke pasar membeli beberapa papan dengan harga dua dirham dan dibawanya ke kawasan perkuburan.

Orang ramai yang melihat bertanya kepadanya, “Apa yang ingin dibuat dengan kayu itu?”

Juha menjawab, “Si penggali kubur tidak mahu menggali jika dibayar sekurang-kurangnya lima dirham. Aku membeli papan ini dengan harga dua dirham saja. Aku akan tutup saja mayat jiranku dengan papan ini. Kemudian, aku akan meletakkannya di atas tanah perkuburan. Aku masih untung tiga dirham.” 

Kemudian dia menyambung, “Di samping itu, si mayat tidak terkena himpitan kubur dan terhindar dari pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur.”











sekian buat kali ini,
dr pakar sakit iman,
khanndaie@blogspot

ULAMA' berani???

Abu Hasan merupakan seorang ulama’ Sufi yang hidup pada sekitar abad keempat Hijrah atau kesepuluh Masihi. Ketua negara ketika itu ialah Ahmad Ibnu Thulun, seorang yang amat zalim. 

Ahmad telah membunuh seramai 18,000 orang dengan cara tidak memberi mereka makan dan minum. Setelah melihat kezaliman yang begitu teruk, Abu Hasan teringat akan pesanan Nabi Muhammad yang bermaksud, ‘Jihad yang paling utama adalah mengatakan kebenaran di depan penguasa yang zalim’.

Apabila teringatkan kata-kata Nabi itu, secara tiba-tiba semangat Abu Hasan melonjak. Tanpa merasa takut atau gerun, dia menemui Ahmad Ibnu Thulun lalu berkata, “Engkau telah menzalimi rakyat.”

Ahmad menjadi teramat marah mendengar kata-kata itu. Dia segera menangkap Abu Hasan dan memenjarakannya. Di dalam tahanan, seekor singa yang kelaparan dilepaskan bagi menamatkan riwayat Abu Hasan. Singa itu maju selangkah dan mundur, mendengus dan kemudian diam. Kemudian binatang buas itu menundukkan kepalanya sambil mendekati Abu Hasan dan menciumnya. Setelah itu ia pergi dengan tenang meninggalkan Abu Hasan.




Ahmad Ibnu Thulun menyaksikan peristiwa itu dengan berdebar. Dia tiba-tiba tersentak dari tempat duduknya apabila singa itu tiba-tiba memandangnya dengan tajam. Orang-orang yang menyaksikan peristiwa yang mengerikan itu merasa kagum dan hormat kepada Abu Hasan, dan mereka pun bertakbir beramai-ramai. Setelah Ahmad Ibnu Thulun menyaksikan peristiwa ajaib itu, dia segera memanggil Abu Hasan dan menyoalnya.

“Cuba kau ceritakan kepadaku apakah yang engkau fikirkan ketika singa itu mendekatimu. Engkau tidak sedikitpun melihat atau peduli kepadanya,” dia bertanya.

Abu Hasan menjawab, “Saya hanya memikirkan tentang air liurnya apabila singa itu menyentuh saya nanti. Apakah ia suci ataupun najis?”

“Apakah engkau tidak takut kepada singa?” 

“Tidak, kerana Allah telah melindungiku dari kejahatannya,” jawab Abu Hasan dengan tenang.











sekian buat kali ini,
dr pakar sakit iman,
khanndaie@blogspot.com

Monday 16 July 2012

SOLAT TERAWEH BERAPA RAKAAT?????peninglahh....


DI COPY DARI BLOG USTAZ AZHAR IDRUS JAAFAR.....

Sejak kecil aku diberitahu bahawa solat tarawih adalah sama ada 8 atau 20 rakaat. Bahkan ada juga yang memberitahu aku 2 rakaat sahaja. Namun apabila aku meningkat dewasa dan sering mendengar kuliah agama, aku dapati bahawa solat tarawih sebenarnya 20 rakaat. Bukan 8 dan lebih-lebih lagi bukan 2 rakaat.

Bahkan satu masa 4-5 tahun lalu, alim ulama di negeri aku di utara begitu bertegas dengan jumlah 20 rakaat solat tarawih. Ada juga alim ulama yang aku kenali memberitahu, sesiapa yang mengatakan solat tarawih itu 8 rakaat, dia sebenarnya belajar tak habis. Agak kelakar mendengarnya. Tapi ternyata memang begitu.

Hasil muzakarah dan carian dibuat, aku catitkan sedikit maklumat di bawah ini tentang jumlah solat tarawih menurut para ulama fekah mujtahidin dan imam-imam mazhab serta para sahabat.

Telah sepakat secara ijma oleh para ulama bahawa solat tarawih adalah sunat muakkad dan berjumlah 20 rakaat dan bersama 3 rakaat witir menjadi 23 rakaat. Semua imam-imam mazhab dan ahli-ahli fekah yang mujtahid bersepakat dalam perkara ini.







aii???bape rakaat teraweh ni sebenarnya....




Antara hadis-hadis yang menjadi hujah para ulama mujtahidin adalah seperti berikut,


·                     Hadis riwayat Baihaqi dan riwayat lain dengan sanad yang sorih lagi sohih daripada Saib bin Ziyad r.a. yakni seorang sahabat yang terkenal. Saib bin Ziyad r.a. berkata, “pada zaman Umar Al-Khattab r.a. umat islam mengerjakan solat tarawih dalam bulan ramadhan sebanyak 20 raka’at.”
·                     Hadis riwayat Imam Malik dalam kitab Muwatta’ dan riwayat Baihaqi daripada Yazid bin Rauman. Yazid bin Rauman berkata, “pada zaman Umar Al-Khattab r.a. orang ramai mengerjakan solat tarawih sebanyak 23 rakaat.” (20 rakaat tarawih dan 3 rakaat witir).
·                     Hadis yang diriwayatkan daripada Al-Hasan yang mengatakan bahawa Umar Al-Khattab r.a. telah menghimpun orang ramai untuk mengerjakan solat dibelakang Ubai bin Kaab r.a. sebagai imamnya dengan mengerjakan solat tarawih 20 rakaat. Ubai bin Kaab r.a. tidak membaca qunut bersama mereka kecuali pada malam separuh kedua daripada bulan ramadhan. Apabila masuk separuh ketiga yang akhir daripada bulan ramadhan, Ubai bin Kaab r.a. menghilang, yakni dia mengerjakan solat dirumahnya sendiri, lalu jemaah pun berkata, “Ubai telah lari.”

Ibnu Qudamah rah.a menceritakan di dalam kitab Al-Mughni bahawa telah terjadi ijma atas bilangan solat tarawih iaitu 20 rakaat. Seterusnya Ibnu Qudamah rah.a menjelaskan bahawa yang dipilih oleh Imam Ahmad adalah 20 rakaat. Demikian juga 20 rakaat ini dipilih oleh Imam Sufian Al-Thauri, Imam Abu Hanifah dan Imam Syafi’i rah.alaihim, sedangkan Imam Malik rah.a memilih 36 rakaat dengan menyandarkan pada amalan penduduk Madinah. Dan bagi kami, sesungguhnya Umar Al-Khattab r.a. ketika mengumpulkan orang ramai mengerjakan solat di belakang Ubai bin Kaab r.a. sebanyak 20 rakaat.

Imam Malik rah.a meriwayatkan dengan sanad dari Yazid bin Abdurrahman, “umat islam pada zaman Umar Al-Khattab r.a. mengerjakan qiyamullail sebanyak 23 rakaat”.

Diriwayatkan daripada Ali r.a. bahawa beliau telah menyuruh seseorang untuk menjadi imam tarawih pada bulan ramadhan dan mengerjakan 20 rakaat. Ini adalah seperti ijma.

Seterusnya Ibnu Qudamah rah.a berkata, “seandainya seluruh penduduk Madinah mengerjakan 36 rakaat, maka bilangan rakaat yang dikerjakan oleh Umar Al-Khattab r.a. dan telah diijma oleh para sahabat yang lain ketika itu lebih utama untuk diikuti.

Maka ulama berpendapat bahawa yang masyhur dalam mazhab maliki adalah 20 rakaat berdasarkan bahawa inilah imam-imam mujtahid berijma atas keutamaan mengerjakan 20 rakaat.

Begitu juga Imam Syafi’i dan Imam Abu Hanifah rah.alaihima berpendapat bahawa solat tarawih itu berjumlah 20 rakaat berdasarkan ijma para sahabat pada zaman khalifah Umar Al-Khattab r.a.

Imam Ibnu Abdil Bar rah.a menerangkan, “sungguh benar adanya daripada Ubai bin Kaab r.a. bahawa beliau solat tarawih dengan 20 rakaat bersama umat islam tanpa ada perselisihan antara para sahabat.”

Di dalam kitab Al-Mukhtasor yang disusun oleh Imam Al-Muzani rah.a disebutkan bahawa Imam Syafi’i rah.a berkata, “aku melihat orang ramai di Madinah mengerjakan solat tarawih 39 rakaat tetapi yang lebih aku sukai adalah yang 20 rakaat kerana ia yang diriwayatkan daripada Umar Al-Khattab r.a. Demikian juga di Makkah, umat islam mengerjakan solat tarawih 20 rakaat dan mengerjakan solat witir 3 rakaat.”

Imam Turmuzi rah.a di dalam kitab hadisnya Sunan Al-Turmuzi menerangkan, “majoriti ahli ilmu mengerjakan solat tarawih berdasarkan kepada riwayat daripada Umar, Ali dan sahabat-sahabat nabi Muhammad s.a.w. yang lain, iaitu 20 rakaat. Bilangan ini juga yang dipegangi oleh Imam Sufian Al-Thauri, Ibnu Al-Mubarak dan Imam Syafi’i rah.alaihim”. Imam Syafi’i rah.a berkata, “aku menjumpai umat islam di negeri aku Makkah mengerjakan solat tarawih 20 rakaat.”

Imam Nawawi rah.a menerangkan, “mazhab kami menetapkan bahawa solat tarawih berjumlah 20 rakaat dengan sepuluh salam selain witir. Ini terdiri daripada lima “tarwihat” (istirahat) dan satu tarawih terdiri daripada empat rakaat dengan dua salam”.

Imam Malik rah.a dalam Al-Muwatta’ meriwayatkan bahawa Yazid bin Rauman berkata, “umat islam pada zaman khalifah Umar Al-Khattab r.a. mengerjakan qiyamullail ramadhan dengan solat 23 rakaat”. Akan tetapi Baihaqi rah.a mengatakan bahwa hadis tersebut adalah mursal sebab Yazid bin Rauman tidak bertemu dengan Umar Al-Khattab r.a.

Seterusnya Baihaqi rah.a mengatakan bahawa dengan berpandukan kepada hadis-hadis yang diterangkan tadi, umat islam mengerjakan solat tarawih 20 rakaat dan witir 3 rakaat. Baihaqi rah.a meriwayatkan juga daripada Ali r.a. bahawa solat tarawih itu adalah 20 rakaat.

Imam Ibnu Taimiyah, seorang tokoh ulama besar Salafi menerangkan dalam kitab Al-Fatawa, “benar bahawa Ubai bin Kaab r.a. mengerjakan solat pada bulan ramadhan bersama umat islam sebanyak 20 rakaat dan witir 3 rakaat. Jadi para ulama berpendapat bahawa yang demikian itu di tengah-tengah para sahabat muhajirin dan para sahabat ansar dan tidak ada seorang pun yang mengingkarinya (menentangnya).”

Didalam kitab Majmu’ah Al-Fatawa Al-Najdiyah disebut bahawa Sheikh Abdullah bin Abdul Wahhab memberikan jawapan tentang bilangan rakaat tarawih, “bahawa Umar Al-Khattab r.a. ketika mengumpulkan umat islam yang diimamkan oleh Ubai bin Kaab r.a. bilangan rakaatnya adalah 20 rakaat.”

Demikianlah keterangan-keterangan daripada para ulama pimpinan islam sama ada daripada golongan salaf maupun khalaf yang tidak dapat diragukan lagi kebenarannya. Jelaslah bahawa solat tarawih itu 20 rakaat yang dikerjakan oleh umat islam sekarang ini adalah amalan yang benar yang tidak dapat disangkal lagi.

Benarkah kita berkelahi tentang bilangan rakaat tarawih?

Sering aku mendengar daripada siri ceramah dan kuliah yang dijalankan oleh para ustaz di masjid dan surau atau di radio dan televisyen mengatakan bahawa kita tidak perlu berkelahi tentang bilangan rakaat tarawih dalam ramadhan. Memang benar umat Islam tidak dibenarkan berkelahi sesama sendiri. Tetapi soalannya, adakah benar kita sedang berkelahi?

Di dalam bab fekah terdapat pelbagai perbezaan pendapat di kalangan empat imam mazhab. Adakah itu bermakna mereka berkelahi? Tidak! Sama sekali tidak.

Adapun apa yang sering berlaku di zaman ini tentang bilangan solat tarawih adalah sekadar pertanyaan, pemberitahuan dan muzakarah. Tidak ada kena mengena lansung dengan berkelahi.

Mungkin ada di kalangan sesetengah orang-orang awam atau sesetengah para ustaz yang kurang mahir, akan beriya-iya mempertahankan pendapatnya. Ini adalah perkara biasa di dalam dunia. Orang yang tidak menguasai sepenuhnya di dalam sesuatu bab, dia pasti akan berpegang dengan pendapatnya. Selagi dia tidak diberitahu tentang penjelasan yang lain maka dia tidak akan tahu.

Demikianlah juga tentang persoalan bilangan rakaat tarawih ini. Orang-orang yang memberitahu tentang bilangan rakaat tarawih bukanlah orang yang ingin berkelahi atau cari pasal atau memecahbelahkan umat. Adakah para imam mazhab memecahbelahkan umat? Na’uzubillah!

Sekiranya orang mengatakan ini berkelahi, maka sampai bila pun umat Islam tidak akan tahu amalan agama yang sebenarnya kerana orang lain tidak dibenarkan memberitahu mereka, kerana ianya dikatakan berkelahi. Maka pastinya amalan agama umat Islam akan menjadi tidak sempurna kerana mereka akan ikut apa yang mereka suka sahaja. Kemudian mereka tidak akan mendengar penjelasan yang lain kerena khuatir akan berkelahi. Ini adalah satu salah faham besar dalam umat.

Oleh itu aku betul-betul berharap persoalan ini tidak dikatakan sebagai berkelahi. Ini bukan berkelahi. Ada yang bertanya, ada yang menjawab, ada yang memberitahu. Inilah muzakarah. Apa yang tepat kita amalkan. Apa yang kurang tepat kita jauhkan. Semua ini tujuannya hanyalah satu, iaitu untuk menyempurnakan amalan agama di kalangan umat Islam.

Mengapa ada yang mengatakan tarawih 8 rakaat?

Sebelum ini aku telah membuat post tentang solat sunat tarawih yang menjadi sepakat para ulama secara ijma berjumlah 20 rakaat.

Namun demikian, masih ada beberapa golongan yang bertegas bahawa solat tarawih itu sebenarnya 8 rakaat dan mereka juga mengatakan bahawa 20 rakaat itu adalah perkara yang bid’ah. Ini juga adalah pendapat Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani yang menjadi tokoh ulama pengikut salafi.

Mengapa mereka berkata seperti itu?
Ini adalah berikutan sebuah hadis yang diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari menceritakan bagaimana Abi Salamah Ibnu Abdul Rahman bertanya kepada Aisyah r.anha tentang solat baginda di bulan ramadhan.

Dari Abi Salamah Ibnu Abdul Rahman bahawasanya beliau bertanya kepada Aisyah r.anha tentang solat Rasulullah S.A.W di bulan ramadhan maka beliau menjawab bahawa tidak pernah baginda sama ada di bulan Ramadhan atau di bulan lainnya bersembahyang lebih daripada 11 rakaat iaitu dengan mengerjakan solat empat rakaat, jangan ditanyakan tentang bagusnya dan panjangnya. Kemudian solat empat rakaat, jangan ditanya tentang bagusnya dan panjangnya dan kemudian 3 rakaat.

Iaitu 8 rakaat bersama 3 rakaat witir.

Benarkan hadis ini menceritakan tentang tarawih?
Mufti Abdul Rahim Lajpuri memberitahu bahawa menurut para ulama yang mensyarahkan Sahih Bukhari dan juga Syeikh Shamsuddin Al-Kermani, mengatakan bahawa hadis tersebut menceritakan tentang solat sunat tahajjud.

Sekiranya dikatakan bahawa hadis ini bukan bermaksud solat sunat tahajjud, maka ini bertentangan dengan hadis yang menceritakan baginda menunaikan solat sunat 20 rakaat (riwayat Ibnu Abbas r.anhuma) pada 2 malam di bulan ramadhan. Sedangkan hadis kedua ini adalah muthbit (pengakuan) dan di dalam kaedah hadis, muthbit mendahului nafi (penafian).

Bagaimana pembahagian bab di dalam kitab-kitab hadis terhadap hadis Aisyah r.anha ini?
Imam Bukhari rah.a sendiri meletakkan hadis ini di dalam 2 bab iaitu bab solat tahajjud dan bab solat tarawih. Ini jelas menunjukkan bahawa Imam Bukhari sendiri berpendapat bahawa hadis ini adalah tentang solat tahajjud. Dan oleh kerana solat tahajjud juga dikerjakan pada malam-malam ramadhan maka ianya juga diletakkan di dalam bab solat tarawih.

Selain Imam Bukhari rah.a, imam-imam muhaddithin yang lain hanya meletakkan hadis ini di dalam bab tahajjud sahaja. Mereka adalah Imam Muslim rah.a, Imam Abu Daud rah.a, Imam Turmuzi rah.a, Imam Nisai rah.a dan juga Imam Malik rah.a.

Bahkan ulama besar Salafiah seperti Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rah.a juga meletakkan hadis ini di dalam bab solat tahajjud dalam kitabnya Zaadul Maad.

Adakah riwayat lain tentang hadis Aisyah ini?
Ya iaitu dalam Sahih Muslim dan di dalam riwayat ini, bukannya 11 rakaat yang disebutkan bahkan 13 rakaat yang disebutkan oleh Aisyah r.anha.

Abi Salamah Ibnu Abdul Rahman telah bertanya Aisyah r.anha tentang solat Rasulullah S.A.W di bulan ramadhan dan beliau menjawab bahawa baginda mengerjakan 13 rakaat di malam hari. Baginda mengerjakan 8 rakaat dan kemudian 3 rakaat witir dan kemudiannya 2 rakaat nafil secara duduk, dan apabila baginda ingin rukuk baginda akan bangun dan rukuk dan kemudian baginda mengerjakan solat sunat 2 rakaat antara azan dan iqamah subuh.






sy tetap nak buat lapan rakaat..tp sy senyap2..sebab sy xnak berbalah..


Pendek kata, hadis Aisyah r.anha ini bukanlah dalil yang mengatakan bahawa tarawih itu 11 rakaat. Sebaliknya ia hanya menceritakan perihal solat tahajjud sahaja. Sedangkan telah menjadi ijma di kalangan para sahabat dan majoriti para ulama mengatakan solat tarawih adalah 20 rakaat.

Pendapat bahawa tarawih 11 rakaat adalah pendapat sebilangan kecil para ulama sedangkan terdapat lebih daripada 50 pendapat mengatakan bahawa solat tarawih adalah 20 rakaat.

Para sahabat r.anhum dan tabiin rah.alaihim pada zaman Umar r.a. telah membuktikan bahawa solat tarawih adalah 20 rakaat. Adakah kita mahu mengatakan bahawa para sahabat r.anhum di zaman Umar r.a. melakukan sesuatu yang nabi tidak buat?








sekian buat kali ini,
DR PAKAR SAKIT IMAN,
khanndaie@blogspot.com