Sunday 14 October 2012

SEBELUM TINGGALKAN JORDDAN

RINDU rasa hati ini dengan bumi jordan.....banyak kenangan yg tak mudah untuk aku lupakan di sana..kenangan bersama sahabat-sahabat yg baik sangat di sweileh tak mudah untuk aku lupakan begitu saja...


di depan university of jordan yg di rindui

apatah lagi kenangan buat usaha Agama bersama-sama dengan orang arab...rasa diri macam anak emas masa tu..kat amman,aku sorang pelajar MELAYU yg buat usaha..yg lain semua arab...buat usaha di kalangan orang arab...cepat boleh cakap arab...kat madina ni,buat usaha bersama orang melayu,di kalangan org melayu je..orang arab cuma bagi zihen kat rumah dia je..kita tak buat usaha sama2 dgn mereka sebab ni tertib dakwah makki...

masa kat jordan,banyak juga orang-orang markaz yg rapat dengan aku...yang paling rapat n dah macam ayah aku ialah hazrat syeikh AHMAD RAFATEH....anak amer sap besar jordan zaman hadratji INAMUL HASAN....ade dapat ofer anak dia...cun...cuma aku kurang berkenan sebab kalau boleh aku nak orang melayu...pandai masak asam pedas..tomyum....kari..hehee..

anak saya dengan isteri arab..haa..anak jiran lah..org syria..



masa nak balik hari tu...aku ade bagi masyaikh-masyaikh teh strawberi cameron..hee..suka lah diorang...masa malam mesyuarat sweileh,aku bawa dari rumah teh strawberi yang dah siap masak n kek lapis sarawak...kek mereka makan...cuma air mereka tak mahu minum...

syeikh tu kata "SHAI MALIZI YUJAD SUKKAR"(Teh malaysia ade gula)...mereka kalo minum teh suka yg herba n tak de gula..hahaa...pastu sorang syeikh ni dia rasa teh ana,dia ma fi sukkar(xde gula lah)..pastu baru org lain rasa...hehee..



masa nak balik,ana call syeikh ahmad rafateh tu kata ana dapat madinah..dia suka sangat nak jumpa kat markaz...pastu kereta pulak tak de...ana telifon dia kata kereta tak de...dia kata dia datang...brapa orang kat rumah???dia nak bawa makanan...ana kata 5 tapi diorang ade kerja..padahal xde kerja pun tapi tak mahu jumpa orang tabligh...beselah dak malaysia....pastu ade sorang mamat ni nak marah-marah aku.."kenapa kau suruh tabligh datanag rumah??p cari rumah lain lah"...dalam hati aku,sombong nyer...cakap macam orang xde akhlak...

tak lama kemudian syeikh sampai..semua menyorok dalam bilik...aku sorang layan syeikh kat luar..syeikh datang bawa makanan...dia suruh panggil semua...semua keluar termasuk mamat poyo tu...syeikh bawa nasi arab seperiuk besar..dia langsung tak guna peralatan rumah kami..dia dah bawa siap semua dari rumah dia termauk sudu...bagus betul fikirman ni..tak nak nyusahkan sape2...dia baru balik keluar uganda...dia bagi karguzari dia dakwah ramai kristian di sana..orang selalu kata tabligh hanya dakwah orang ISLAM...sedangkan tabligh juga ade dakwah orang kafir tapi tak kan nak sibuk-sibuk cerita kat orang sampai masuk dalam paper...dalam tengah makan tu..dia zihen n taskel...hikmah sangat...kemudian dia pun balik..aku rindu sgt syeikh tu...semoga jumpa di syurga....





makanan yg tak berabeh....seperiuk syeikh??


bersama hazrat syeikh ahmad rafateh


masa nak balik...beratnya hati nak berpisah sebab dia baik sangat...hehe..aku akan kenang dia dalam memori hidup aku..

bersama syeikh ahmad rafateh....

kemudian malam esok nya malam terakhir sebelum balik malaysia..kawan-kawan baik di sweileh ajak keluar makan macam jamuan akhir lah di tempat lepak biasa kami di babul yaman mat'am...kawan sebilik saya iaitu presiden amman yg belanja makan...
makan macam-macam termasuk murtabak muzz...mutabak yang ade inti pisang n madu...sedap tol..pastu 
maksub(pengat pisang bermadu)..
nasi arab lauk kambing lahh...dengar nasehat dari ust akramin tentang belajar madinah..mereka suruh ana talaqqi dengan syeikh rabi mandkholli..ulama salafi yg terkenal dengan fatwa yg agak keras..hee..
saya sayang sangat keluarga sweileh..mereka baik sgt2....bahagia tinggal di sana..di madinah ni,baru nak kenal-kenal orang...huhuhu...
moga saya dapat tinggal terus di sini...sayang sangat kat RASULLULOH...BUMI YANG SANGAT MULIA TERSIMPAN JASAD BAGINDA...


sahabat yg sangat ku rindui..
HAKIM,LOQMAN,FARKHAN,ARIF AMIN,AHMAD ARIF,MURSYID
semoga kita berjumpa lagi insyALLAH amin...


KENANGAN DI TEMPAT LEPAK..MALAM TERAKHIR...



SEKIAN BUAT KALI INI,
DR PAKAR SAKIT IMAN,
khanndaie@blogspot.com



MADINAH??

maulana SHOEI...di depan maqam RASULLULLOH...




 



SEJARAH MADINAH

Yathrib. Inilah nama asal bagi Madinah sebelum kedatangan Rasulullah dalam peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi.

Madinah telah menjadi ibu kota negara Islam yang pertama. Ia menjadi tempat pentadbiran dan perkembangan tamadun Islam. Jika sebelum berhijrah, Rasulullah terpaksa berdakwah secara bersembunyi, tetapi di Madinah, Rasulullah mula menyampaikan dakwah secara terbuka dan lebih sistematik. Alhamdulillah, penduduk Madinah telah dapat menerima kedatangan Rasulullah dengan baik.






Penduduk asal Madinah terdiri daripada kaum Arab dan Yahudi. Bangsa Yahudi terdiri dari 3 puak utama iaitu Bani Qainuqa', Bani Nadhir dan Bani Qurayzah manakala Bangsa Arab terdiri daripada Qabilah Aus dan Qabilah Khazraj. Mereka semua selalu bertelagah dan selalu bergaduh di antara satu sama lain.

Apabila kedatangan Rasulullah, mereka semua bersatu melalui perjanjian antara semua kaum seperti yang terkandung di dalam Piagam Madinah. Pada masa inilah, nama Yathrib ditukar oleh Rasulullah kepada Madinah.

KELEBIHAN BUMI MADINAH

Madinah bumi barakah. Ini adalah janji Rasulullah. Al Madinah Al Munawwarah merupakan kota suci kedua bagi Umat Islam selepas Kota Suci Mekah.

Berikut merupakan keistimewaan yang dijanjikan oleh Rasulullah terhadap bumi Madinah.

1) Rasulullah SAW menjadikan Madinah sebagai Tanah Haram dan berdoa untuk keberkatan ahlinya

2) Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya Nabi Ibrahim telah mengharamkan Mekah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sebagaimana Nabi Ibrahim telah mengharamkan Mekah. Dan aku berdoa untuk (keberkatan) cupak dan gantangnya sebagaimana Nabi Ibrahim telah berdoa untuk Mekah.

3) Rasulullah SAW bersabda : Madinah adalah tanah haram, letaknya diantara Bukit E'ir dan Bukit Thur; Barang siapa melakukan kezaliman (maksiat) didalamnya, maka keatasnya laknat Allah, Malaikat dan manusia seluruhnya dan semua amalan baiknya yang wajib ataupun sunat tidak diterima oleh Allah kelak di Hari Kiamat.

4) Kelebihan Bersabar Menanggung Kesusahan Yang Dihadapi Di Madinah : Rasulullah SAW bersabda : Mana-mana individu dari ummatku yang bersabar menanggung kesusahan dan kepayahan di Madinah, aku akan memberi syafa’at kepadanya pada Hari Kiamat, atau aku menjadi saksi kepadanya.

5) Kelebihan Mati Di Madinah : Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah dilakukannya, sesungguhnya aku akan memberi syafa’atkepada mereka yang mati di Madinah.

 DALAM MASJID NABAWI...


6) Kelebihan Belajar Di Masjid Nabawi : Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang memasuki masjid kami ini untuk mempelajari satu kebaikan atau mengajarnya adalah umpama mujahid di jalan Allah dan sesiapa yang masuk dengan tujuan lain adalah umpama orang yang melihat kecantikan barang orang lain.

7) Madinah Terpelihara Daripada Ancaman Dajjal Dan Wabak Taun : Rasulullah SAW bersabda : Disetiap pintu masuk Madinah terdapat malaikat

8) Madinah Sebagai Tapak Iman : Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah sebagaimana ular kembali ke lubangnya.

9) Kelebihan Bersolat Di Masjid Nabawi : Rasulullah SAW bersabda : Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang dilain-lain masjid kecuali 

 di Masjidilharam.


10) Kelebihan Bersholat 40 Sholat Di Masjid Nabawi : Rasulullah SAW bersabda :Sesiapa bersolat 40 waktu solat di masjidku (secara terus-menerus) tanpa meninggalkan satu solat pun, maka ditulis untuknya keselamatan daripada api neraka, keselamatan daripada adzabnya dan terlepas daripada (bahaya) nifaq (munafiq).

11) Di bumi inilah terletaknya Makam Rasulullah dan para sahabat yang memperjuangkan Islam.

2) Di Masjidil Nabawi, terdapat kawasan yang dipanggil Raudhah. Rasulullah S.A.W bersabda : "Di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman taman Syurga."

Cuba bayangkan. Ada jemaah yang datang ke Tanah Suci tidak tahu kelebihan Madinah ini. Mereka datang tetapi mereka tidak akan merebut untuk berusaha melakukan yang terbaik ketika berada di sini.

Sebagai contoh, ada jemaah yang tidak mengetahui kelebihan bersolat 40 waktu secara berterusan di Masjid ini, ada di antara jemaah kami yang bersolat hanya di dalam hotel.Walaupun, jarak hotel dengan masjid hanya sekangkang kera cuma.

TENGOK BELAKANG TU MAQAM SHUHADA UHUD...ADE TULISAN MELAYU KAT PAPAN TU..HEEHEE



Ada jemaah, yang mengeluh sukar untuk mendapat tempat di Raudhah kerana orang terlalu ramai. Kesannya, dia pergi ke Madinah tanpa berpeluang memasuki Raudhah. Terlepas dia peluang untuk masuk ke salah satu daripada taman taman syurga yang terdapat di dunia ini. Sekiranya dia tahu fadhilat ini, saya yakin dia pasti akan berusaha untuk masuk ke Raudhah walaupun terpaksa berebut rebut dengan orang lain.





SEKIAN BUAT KALI INI,
DR PAKAR SAKIT IMAN,
khanndaie@blogspot.com

Thursday 27 September 2012

MENGAPA SAYA PERLU BERJANGGUT???







BUKU "MENGAPA SAYA PERLU BERJANGGUT" DENGAN IZINYA TELAH SIAP KU KARANG...DAN PETANG NI INSYALLAH AKAN DI HANTAR KE MUSTREAD PUBLICATION SDN BERHAD..MUDAHAN BUKU KECIL INI JADI MANFAAT KEPADA UMMAT BETAPA PENTINGNYA MEMELIHARA SUNNAH NABI S.A.W YANG KITA CINTAI INI,BUKAN HANYA SEKADAR MENGATAKAN CINTA NABI DAN BERHIMPUN DI JALANAN MENYUARAKAN KECINTAAN KEPADA NABI S.A.W ,BAHKAN PERLU MENJADIKAN KEHIDUPAN SEHARI-HARI MIRIP CARA BAGINDA NABI S.A.W....APA ERTI NYA KALAU KITA MENGATAKAN CINTA NABI TAPI PERWATAKAN MIRIP YAHUDI???




AMALAM MEMELIHARA MISAI TEBAL DAN PANJANG
ADALAH AMALAN AGAMA YAHUDI,NASRANI,MAJUSI DAN AMALAN AGAMA HINDU..
APAKAH WAJAR KITA MENCONTOHI MEREKA SEDANGKAN KITA SEORANG MUSLIM???




SEKIAN BUAT KALI INI,
DR PAKAR SAKIT IMAN,
khanndaie@blogspot.com

KISAH PEMBURU yang berhati mulia??



RUSA BERSEDIA UNTUK LARI DARI PEMANGSA DAN SENTIASA HIDUP DALAM BURUAN
TANPA KITA SEDAR,KITA SETIAP HARI DALAM BURUAN SYAITAN DAN IBLIS 
UNTUK MEROSAKKAN IMAN KITA..KEHIDUPAN KITA TAK UBAH SEPERTI RUSA..
SANGAT PENTING UNTUK KITA BERJAGA-JAGA SEBELUM MENJADI MANGSA TIPU DAYA
IBLIS DAN SYAITAN




Pada zaman dahulu, terdapat seorang pelayan raja bernama Nasiruddin yang begitu gemar sekali berburu. Pada suatu hari ketika dia sedang berburu, Nasiruddin ternampak seekor anak rusa yang cantik sekali.

“Anak rusa yang cantik itu bolehlah aku berikan kepada anakku. Mereka tentu sayang kepada anak rusa itu dan menjaganya dengan baik,” kata Nasiruddin dalam hati.

Nasiruddin menangkap anak rusa itu dibawanya pulang meninggalkan hutan tempat ia berburu itu. Apabila ibu rusa sedar bahawa anaknya telah ditangkap orang, dia merasa amat terkejut sekali. Oleh kerana amat sedih kerana tidak dapat berbuat apa-apa untuk mendapatkan anaknya kembali, ibu rusa itu mengekori Nasiruddin dari belakang.

Sementara itu, Nasiruddin yang asyik menunggang kudanya gembira memikirkan tentang anak yang baru ditangkapnya itu.

“Aku telah mendapat seekor anak rusa yang comel. Pasti anak-anakku sambut dengan gembira,” katanya dalam hati.

Tiba-tiba Nasiruddin sedar ada sesuatu yang mengekorinya, lalu dia menoleh ke belakang. Ibu rusa itu seolah-olah kelihatan sedih sekali. Ia seolah-olah berkata kepadanya, “Engkau telah menangkap anakku, hai pemburu. Hidup aku tidak ada ertinya lagi kalau kau tangkap anakku itu dari tanganku. Aku rela mati daripada hidup tanpa anak yang ku sayangi.”

Nasiruddin merasa kasihan melihat ibu rusa itu lalu melepaskan anak rusa dari pegangannya. Ibu rusa itu terus mendapatkan anaknya itu lalu menjilat-jilatnya, melompat-lompat kegirangan lalu lari semula ke dalam hutan. Sebelum menghilang, ibu rusa itu sempat menoleh ke belakang sebagai tanda mengucapkan terima kasih terhadap Nasiruddin.

Pada malam itu, Nasiruddin bermimpi bahawa Nabi Muhammad datang menemuinya.

“Hai Nasiruddin,” Nabi berkata. “Allah telah meletakkan namamu dalam senarai Raja dan engkau akan menjadi Raja,” Nabi memberitahunya.

“Jagalah kerajaanmu itu. Kerajaan ini juga menjadi satu ujian kepada engkau. Sebagaimana engkau memperlihatkan belas kasihanmu kepada ibu rusa maka engkau hendaklah juga berlaku ihsan dan baik terhadap sekalian manusia yang menjadi rakyatmu itu. Ingatlah Nasiruddin, jangan sekali engkau abaikan tanggungjawabmu terhadap rakyatmu,” kata Nabi lagi.

Mimpi Nasiruddin itu menjadi kenyataan.  Dia akhirnya menjadi Raja Ghazi, satu wilayah di Afghanistan sekarang.

.................................................................................................................................................
Alkisah, pada zaman dahulu di sebuah desa, hiduplah keluarga pemburu dan peternak yang bertetangga. Untuk membantu saat berburu, si pemburu memiliki anjing-anjing peliharaan yang galak namun kurang terlatih. Celakanya, saat di rumah, anjing-anjing itu sering melompati pagar dan melukai domba-domba si peternak.
Walaupun sudah diperingatkan untuk menjaga anjing-anjingnya, si pemburu tidak mau peduli. Hingga suatu hari, kembali salah satu domba diserang dan terluka cukup parah.
Habislah kesabaran si peternak! Setelah berpikir lama, ia memutuskan pergi ke kota untuk menemui seorang hakim yang bijaksana. Setelah sang hakim mendengarkan cerita si peternak itu, dia berkata bijak, “Peternak yang baik, saya sebagai hakim, terhadap aduanmu, bisa saja menghukum si pemburu untuk mengganti kerugianmu dan memerintahkan dia untuk merantai atau mengurung anjing-anjingnya. Tetapi, bila itu saya lakukan, kamu akan kehilangan seorang teman. Mana yang lebih kamu inginkan, teman atau musuh yang jadi tetanggamu?”
“Pak Hakim, jujur saja, walapun saya merasa dirugikan secara materi, tetapi saya tidak ingin punya musuh, apalagi tetangga yang telah menjadi kawan saya sedari kecil,” kata si peternak dengan suara murung.
“Jawaban yang baik dan bijak! Jika kamu ingin domba-dombamu aman tetapi tetanggamumenjadi teman yang baik, saya berikan sebuah saran…silakan kamu jalankan.” Setelah mendengar saran sang hakim, si peternak langsung setuju.
Sesampainya di rumah, peternak itu segera menuju ke kandang dan memilih sepasang anak domba yang sehat, kemudian menghadiahkannya kepada anak-anak tetangganya. Keluarga si pemburu menerima hadiah itu dengan penuh sukacita. Tak lama, anak-anak pun asyik bermain dengan domba-domba kecil yang lucu dan keesokan harinya mulai berkunjung ke rumah si peternak untuk belajar merawat domba-domba tersebut.
Melihat kebahagiaan anak-anaknya, tanpa diminta, si pemburu dengan sukarela mengurung anjing-anjingnya agar tidak mengganggu domba-domba kecil kesayangan anak-anaknya. Dan sejak saat itu pula, domba-domba si peternak pun menjadi aman. Untuk membalas kebaikan si peternak, si pemburu selalu membagi hasil buruannya ke si peternak. Si peternak membalasnya dengan mengirimkan susu dan keju dari hasil dari peternakannya.
Akhirnya…singkat cerita, si pemburu dan si peternak pun kembali bertetangga dengan bahagia.
PEMBURU SYURGA....TAK KAN PERNAH RASA CUKUP DENGAN AMAL YANG DI USAHA

SEKIAN BUAT KALI INI,
DR PAKAR SAKIT IMAN
khanndaie@blogspot.com

Tuesday 11 September 2012

kENANGAN AMMIAH jorDAN...RINDUnyer...



BESENYER SETIAP BAHASA DI DUNIA NI,TAK TERLEPAS DARI BAHASA PASAR(AMMIAH)..begitulah juga masyArakat DI BUMI JORDAN INI...sedikit sebanyak kenangan di jordan,saya kongsikan di sini beberapa ammiah yg sering di guna pakai dalam kalangan masyarakat di sweileh ini sehari-hari.....





 kawan-kawan di sweileh,amman......



aku rindukan sweileh....


Ammi Jordan (sesi perkenalan) :

syusmuk? : apa nama kamu?
J : ismi.............. : nama saya...

kam 'umrah? : berapakah umur kamu?
J : 'umri............ : umur saya...

wain saakin? : kamu tinggal di mana?
J : askunu........... : saya tinggal di.....

wain tadrus ? : dimanakah kamu belajar?
J : baskun fi......... : saya tinggal di....

keif ha lak/lik* ? : Apa kabar?
J : Alhamdulillah, bikahoir.

wein biddak/biddik* trouh ? : kemana kamu hendak pergi?
J : biddi rouh ila.......... : saya hendak pergi ke....

mein wain ? : kamu dari mana?
J : malizia... : malaysia

tasytaghil am tadrus? : kamu kerja atau belajar?
J : Basyhtaghil fi..... /Badrus fi..... : saya kerja di..../saya belajar di....

eisyh ma jaa lak/lik* ? : apakah bidang kamu?
J : ma jaa li tollab iqtisod/syari'ah/usuluddin.......... : bidamg saya adalah pelajar/syariah/usuluddin

eisyh syughul lak/lik* ? : apakah pekerjaan kamu?
J : syughulli tolib/..... : pekerjaan saya adalah....

eisyh biddak/biddik* ? : kamu nak apa?

eisyh diinik? : apakah agama kamu?
J : diini Islam/Masiihi/..... : agama saya adalah....

mein wein jai? : awk datang dari mana?
J : baa ji min maalizia.. : saya datang dari malaysia///.....

ma' laij : excuse me.
aghalbak : excuse me.



KEHIDUPAN DI SWEILEH....



tahki arabi? : boleh berbahasa arab?
J : aiwah, behki arabi..: ya, saya boleh berbahasa arab..

ma'a man ta 'isyh? : bersama siapa awak tinggal?
J : eisy lahhaali : saya hidup keseorangan..

mumkin warreimi toriiq? : bolehkah kamu tunjuk jalan? 
J : na'am, 'alaa ra'sii : boleh, sudah tentu..

eiysh tarkab? : kamu naik apa?
J : barkab bas : saya naik bas

kam saanah tabqa huun? : berapa lama kamu di sini?
J : insyaAllah arba'a sanawat : 4 tahun dengan izin Allah

keif wadho 'ak? : bagaimana keadaan kamu?
J : alhamdulillah, wadh'ii tamam : segala puji bagi Allah, keadaan saya baik..

murtahin am lak ? : kamu gembira atau tak?
J : aiwah, ana mabsuut/ lak : ya saya gembira/tak
jau 'aan? : lapar ke tak?
J : na'am, jau 'aan/lak : ya, saya lapar/tak

akalaat? : kamu dh makan?

ta 'i beeet? : kamu letih ke?

jurihaaat? : kamu cedera ke?

eisyh jinsiyatak? : apakah warganegara kamu?
J : ana muatin malizia : saya warganegara malaysia.


kawan baik saya.....

lawan bola dengan arab.....



mutazawwisyh wala a'zabein? : kamu dh kahwin atau bujang?
habbeit wala laak? : kamu suka atau tak?
ma'ak hadaa? : siapa bersama awak?
lahhalaak?: seorang saje ke?
eisyh lahha laak? : kamu tinggal berseorangan?
'ala hisabak am hukumah? : awak belajar sendiri atau tajaan?

*utk pompuan





adik-adik comel.....

restoran babul yaman.....mendi rice yg sgt paling aku suka...


wanita bumi shams......

DI HARAP ENTRY KLI INI DAPAT MENAMBAH  PENGETAHUAN PEMBACA TENTANG PERCAKAPAN SEHARIAN MASYARAKAT BUMI URDUN INI...WALAUPUN HATI INI BERAT MENINGGALKAN SWEILEH NAMUN AKU KENE KUATKAN UNTUK BERADA BERHAMPIRAN DENGAN RASULALLAH S.A.W YG SANGAT KU CINTAI DI MADINAH SHARIF AL-MUNAWWARAH....



SEKIAN BUAT KALI INI,
DR PAKAR SAKIT IMAN,
khanndaie@blogspot.com

Monday 3 September 2012

MADINAH vs JORDAN????

LANGIT TAK SELALUNYER CERAH...NAMUN BILA KECERAHAN MULA MENYINSING FATAMORGANA...IA SEAKAN-AKAN TAK MAHU BERHENTI BUAT SELAMANYER....BEGITULAH HIDUP KU...AKU TELAH DI UJI DENGAN BERMACAM-MACAM UJIAN..NAMUN TIDAK KU SANGKA,ALLAH AZZA WAJAL MENDATANGKAN HIKMAH YANG BEGITU BANYAK BUAT KU....TIDAK KU SANGKA SETELAH MENGHARUNGI BEBERAPA UJIAN DALAM HIDUP INI,AKU DI ANUGERAHKAN ALLAH HADIAH YG SANGAT BESAR IAITU TAWARAN BELAJAR DI NEGARA ARAB BUMI AMBIYA A.S DENGAN 2 TAWARAN YG SANGAT HEBAT....ANUGERAH INI JUGA ADALAH DI SEBABKAN AKU MELIBATKAN DIRI DALAM USAHA DAKWAH NABI S.A.W YG MULIA TERJUN DALAM LAUTAN UMMAT YG TIADA TEPIAN....

TAWARAN BELAJAR DI BUMI JORDAN





 TAWARAN BELAJAR DI UNIVERSITY OF JORDAN



TAWARAN BELAJAR DI BUMI MADINAH AL-MUNAWWARAH



UNIVERSITI ISLAM MADINAH AL-MUNAWWARAH





MANA YG AKU NAK PILIH?????

ISTIKHARAH..
MESYUARAT DENGAN KELUARGA..
BANDINGKAN KELEBIHAN....
CARI YG LEBIH UTAMA...


MADINAH
  • TANAH HARAM
  • PAHALA BERGANDA
  • BUMI PENGHULU AMBIYA IAITU NABI BESAR MUHAMMAD S.A.W
  • SEMUA ORANG TERINGIN NAK PERGI
  • TETAPI TAK SEMUA ORANG TERPILIH UNTUK PERGI
  • BUKAN SEMUA ORANG BOLEH DATANG SINI,ORANG KAFIR TAK DIBENARKAN
  • BOLEH JAGA MATA DAN IMAN
  • DI TAJA SEHINGGA TAMAT BELAJAR
  • KOS HIDUP YG SEDERHANA
  • TIKET FLIGHT BALIK SETIAP TAHUN
  • BOLEH BUAT UMRAH DAN HAJI
  • BOLEH TOLONG ORANG KAMPUNG BILA MEREKA DATANG SINI,INILAH PELUANG NAK DAKWAH MEREKA
  • BOLEH KHIDMAT MASYAIKH ELDEST NIZAMMUDIN YG SETIAP TAHUN DATANG SINI
  • DOA YG SANGAT MAQBUL
  • MENGIKUTI SUNNAH DAN MENOLAK BID'AH
  • BOLEH MINUM AIR ZAMZAM HARI-HARI
  • BOLEH TALAQQI DENGAN MASYAIKH KABIR
  • ADA LAGI KELEBIHAN-KELEBIHAN MADINAH YG TAK TERMAMPU UNTUK DI UNGKAP


JORDAN
  • BUMI AMBIYA
  • BEBAS UNTUK PAKAI APA2
  • BEBAS NAK BUAT DAKWAH DAN BAWA IDEOLOGI MASING-MASING
  • MAKANAN YG SANGAT SEDAP
  • MASYAIKH YG SANGAT RAMAI DAN SAYANG DENGAN PELAJAR MALAYSIA
  • ADA 4 MUSIM TERUTAMANYA MUSIM SALJI YG TAK DE KAT SEMUA NEGARA
  • ADA BANYAK WADI TERUTAMANYER WADI MUJIB PALING BEST
  • KESAN PENINGGALAN AMBIYA YG SANGAT BANYAK
  • SISTEM UNIVERSITY YG TAK BERAPA SHADID
  • PELAJAR MALAYSIA YG RAMAI,MUDAH UNTUK ULANGKAJI
  • ADA CAREFOUR DAN BEBERAPA PASARAYA YG MIRIP MACAM KAT MALAYSIA
  • ADA USTAZ-USTAZ PHD YG SANGAT BAIK DAN SELALU BERKONGSI ILMU SEPERTI USTAZ FARID RAVI




KENANGAN DI SWEILEH,AMMAN JORDAN YANG SANGAT INDAH...TIDAK MUDAH KU LUPAKAN..UKHWAH SELAMANYA...







SEKIAN BUAT KALI INI,
DR PAKAR SAKIT IMAN,
khanndaie@blogspot.com

GURU-guru AL-QURAN saya.....

       saya mula belajar AL-QURAN sejak dari umur 4 tahun lagi...ALHAMDULILLAH....saat ini saya rasa bersyukur sangat,kerana saya telah sampai ke satu peringkat yg saya tak pernah terfikir iaitu HAFAZ 30 JUZUK AL-QURAN...jasa-jasa guru AL-QURAN saya,sangat-sangat di kenang hingga akhir hayat...




  • HAZRAT QARI SYEIKH KHAIRUL RASYIDEN      AL-HAFIZ
  • HAZRAT QARI SYEIKH ARIF SAQIB AL-HAFIZ
  • HAZRAT SYEIKH ASPARIZAN PUNGUT
  • HAZRAT QARI SYEIKH AB AZIZ AB IBRAHIM AL-HAFIZ(QARI NEGARA)
  • HAZRAT SYEIKHUL MUQORI TUAN GURU HAJI AHMAD SHUKOR AL-MAKKI AL-HAFIZ(ULAMA BESAR QURAN era 80 an,ayah kepada DATO' DR LATIF AHMAD TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA)
  • HAZRAT QARI SYEIKH YUSRI AL-HAFIZ
  • HAZRAT QARI SYEIKH KU ABDULLOH KU JUSOH(QARI NEGARA,KINI JURI KEBANGSAAN)
  • HAZRAT QARI SYEIKH ALI AZMI KARACHI      AL-HAFIZ
  • HAZRAT QARI SYEIKH ZAINOL AHMAD AL-HAFIZ(TUAN GURU QIRAAT)
  • HAZRAT QARI SYEIKH ASYIKIN AL-HAFIZ
  • HAZRAT QARI SYEIKH MAULANA SUHAIMI FAISALABADI AL-HAFIZ(ULAMA BESAR QIRAAT MADRASAH MIFTAHUL ULOOM SERI PETALING)
  • HAZRAT SYEIKHUL QARI TAUFIQ DHOMROH      AL-HAFIZ(ULAMA BESAR QIRAAT DI BUMI JORDAN)              




BERSAMA RAKAN-RAKAN HAFIZ QURAN MENZIARAHI
GURU KAMI TUAN GURU HAJI AHMAD SHUKOR AL-HAFIZ


TUAN GURU HAJI AHMAD SHUKOR,UMUR TELAH HAMPIR 90 AN
TAPI INGATAN MASIH KUAT SANGAT DAN MASIH SIHAT
INILAH KAROMAH AL-QURAN



(SIJIL SHAHADAH TAHFIZ SYEIKH AHMAD SHUKOR DARUL QURAN BACTH PERTAMA DULU,ZAMAN MASJID NEGARA)


SETELAH TAMAT BELAJAR HAFIZ QURAN DI MEKAH PADA TAHUN 1950
TUAN GURU HJ AHMAD SHUKOR PULANG KE MALAYSIA..PADA KETIKA ITU
DI JOHOR CUMA ADA DUA ORANG SAHAJA HAFIZ QURAN..PERTAMA ADALAH BELIAU DAN YG KEDUA ADALAH GURU BELIAU SHEIKHUL MUQORI HASAN ISMAIL AL-HAFIZ...AWAL TAHUN 70 AN,MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT MASJID NEGARA TELAH DI BUKA,KINI ADALAH DARUL QURAN JAKIM KUALA KUBU BHARU...TUAN GURU HAJI AHMAD SHUKOR TELAH MELANJUTKAN PENGAJIANNYA UNTUK MENGUASAI BIDANG QIRAAT DAN TARANUM BAGI MEMANTAPKAN LAGI ILMU QURAN YG DI PELAJARINYA DI MEKAH..


(SIJIL SHAHADAH DARUL QURAN YG TERKINI,MILIK PERSENDIRIAN)
(JAYYID JE...TAPI NAK TAMATKAN 30 JUZ TU INGAT SENANG...HEE)




MASYAIKH YG TERCINTA...BERSERBAN MERAH..
SYEIKHUL QIRAAT JORDAN-SYEIKH TAUFIQ DHOMROH
BAIK SANGAT DENGAN PELAJAR MALAYSIA
AKU SAYANG SANGAT SYEIKH NI...



HAZRAT SYEIKH ALI AZMI AL-KARACHI
YG SEDANG DUDUK KEMUDIAN TANGAN BUAT MACAM QIYAM
YG LAIN SEMUA ADALAH KAWAN-KAWAN HAFIZ QURAN





SHAHADAH TAHFIZ QURAN MAAHAD TAHFIZ QIRAAT PERLIS



DENGAN KEBERKATAN ILMU PARA ASATIZAH QURAN KU..AKU HARAP DAPAT MENYAMBUNG PERJUANGAN MEREKA DALAM MEMIMPIN ANAK BANGSA MENUJU REDHO ILAHI...AKU BERDOA SETIAP HARI AGAR DI BERI KEKUATAN UNTUK MENJAGA DAN MENGULANG QURAN YG TELAH SEDIA ADA.....






sekian buat kali ini,
DR PAKAR SAKIT IMAN,
khanndaie@blogspot.com