maulana SHOEI...di depan maqam RASULLULLOH...
Yathrib. Inilah nama asal bagi Madinah sebelum kedatangan Rasulullah dalam peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi.
Madinah telah menjadi ibu kota negara Islam yang pertama. Ia menjadi tempat pentadbiran dan perkembangan tamadun Islam. Jika sebelum berhijrah, Rasulullah terpaksa berdakwah secara bersembunyi, tetapi di Madinah, Rasulullah mula menyampaikan dakwah secara terbuka dan lebih sistematik. Alhamdulillah, penduduk Madinah telah dapat menerima kedatangan Rasulullah dengan baik.
Penduduk asal Madinah terdiri daripada kaum Arab dan Yahudi. Bangsa Yahudi terdiri dari 3 puak utama iaitu Bani Qainuqa', Bani Nadhir dan Bani Qurayzah manakala Bangsa Arab terdiri daripada Qabilah Aus dan Qabilah Khazraj. Mereka semua selalu bertelagah dan selalu bergaduh di antara satu sama lain.
Apabila kedatangan Rasulullah, mereka semua bersatu melalui perjanjian antara semua kaum seperti yang terkandung di dalam Piagam Madinah. Pada masa inilah, nama Yathrib ditukar oleh Rasulullah kepada Madinah.
KELEBIHAN BUMI MADINAH
Madinah bumi barakah. Ini adalah janji Rasulullah. Al Madinah Al Munawwarah merupakan kota suci kedua bagi Umat Islam selepas Kota Suci Mekah.
Berikut merupakan keistimewaan yang dijanjikan oleh Rasulullah terhadap bumi Madinah.
1) Rasulullah SAW menjadikan Madinah sebagai Tanah Haram dan berdoa untuk keberkatan ahlinya
2) Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya Nabi Ibrahim telah mengharamkan Mekah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sebagaimana Nabi Ibrahim telah mengharamkan Mekah. Dan aku berdoa untuk (keberkatan) cupak dan gantangnya sebagaimana Nabi Ibrahim telah berdoa untuk Mekah.
3) Rasulullah SAW bersabda : Madinah adalah tanah haram, letaknya diantara Bukit E'ir dan Bukit Thur; Barang siapa melakukan kezaliman (maksiat) didalamnya, maka keatasnya laknat Allah, Malaikat dan manusia seluruhnya dan semua amalan baiknya yang wajib ataupun sunat tidak diterima oleh Allah kelak di Hari Kiamat.
4) Kelebihan Bersabar Menanggung Kesusahan Yang Dihadapi Di Madinah : Rasulullah SAW bersabda : Mana-mana individu dari ummatku yang bersabar menanggung kesusahan dan kepayahan di Madinah, aku akan memberi syafa’at kepadanya pada Hari Kiamat, atau aku menjadi saksi kepadanya.
5) Kelebihan Mati Di Madinah : Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah dilakukannya, sesungguhnya aku akan memberi syafa’atkepada mereka yang mati di Madinah.
DALAM MASJID NABAWI...
6) Kelebihan Belajar Di Masjid Nabawi : Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang memasuki masjid kami ini untuk mempelajari satu kebaikan atau mengajarnya adalah umpama mujahid di jalan Allah dan sesiapa yang masuk dengan tujuan lain adalah umpama orang yang melihat kecantikan barang orang lain.
7) Madinah Terpelihara Daripada Ancaman Dajjal Dan Wabak Taun : Rasulullah SAW bersabda : Disetiap pintu masuk Madinah terdapat malaikat
8) Madinah Sebagai Tapak Iman : Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah sebagaimana ular kembali ke lubangnya.
9) Kelebihan Bersolat Di Masjid Nabawi : Rasulullah SAW bersabda : Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang dilain-lain masjid kecuali
di Masjidilharam.
10) Kelebihan Bersholat 40 Sholat Di Masjid Nabawi : Rasulullah SAW bersabda :Sesiapa bersolat 40 waktu solat di masjidku (secara terus-menerus) tanpa meninggalkan satu solat pun, maka ditulis untuknya keselamatan daripada api neraka, keselamatan daripada adzabnya dan terlepas daripada (bahaya) nifaq (munafiq).
11) Di bumi inilah terletaknya Makam Rasulullah dan para sahabat yang memperjuangkan Islam.
2) Di Masjidil Nabawi, terdapat kawasan yang dipanggil Raudhah. Rasulullah S.A.W bersabda : "Di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman taman Syurga."
Cuba bayangkan. Ada jemaah yang datang ke Tanah Suci tidak tahu kelebihan Madinah ini. Mereka datang tetapi mereka tidak akan merebut untuk berusaha melakukan yang terbaik ketika berada di sini.
Sebagai contoh, ada jemaah yang tidak mengetahui kelebihan bersolat 40 waktu secara berterusan di Masjid ini, ada di antara jemaah kami yang bersolat hanya di dalam hotel.Walaupun, jarak hotel dengan masjid hanya sekangkang kera cuma.
TENGOK BELAKANG TU MAQAM SHUHADA UHUD...ADE TULISAN MELAYU KAT PAPAN TU..HEEHEE
Ada jemaah, yang mengeluh sukar untuk mendapat tempat di Raudhah kerana orang terlalu ramai. Kesannya, dia pergi ke Madinah tanpa berpeluang memasuki Raudhah. Terlepas dia peluang untuk masuk ke salah satu daripada taman taman syurga yang terdapat di dunia ini. Sekiranya dia tahu fadhilat ini, saya yakin dia pasti akan berusaha untuk masuk ke Raudhah walaupun terpaksa berebut rebut dengan orang lain.
SEKIAN BUAT KALI INI,
DR PAKAR SAKIT IMAN,
khanndaie@blogspot.com
gambar ko yang kedua persis abuya,,huhu
ReplyDelete