"USAHA DAKWAH TAK TERLEPAS DARI PUJI DAN KEJI"
SEMASA AKU KECIK DULU, WAKTU KELUAR BERTABLIGH, AKU SELALU DENGAR CERITA PASAL CIKGU ZAKI...PAKCIK-PAKCIK TABLIGH KATA, DIA SHAHID DI FILIPIHNE SHAHID DI TEMBAK DAN DI MAQAMKAN DI FILIPHINE...TAK SILAP AKU NAMA MARKAZ YG DI BINA SELEPAS KESHAHIDAN CIKGU ZAKI NI IALAH MARKAZ DI MARAWI CITY..
ORANG-ORANG YG PERNAH SAMPAI SANA KATA, KUBURNYA BERBAU WANGI....CIKGU ZAKI IALAH SEORANG YG KUAT KORBAN DAN ISTIQOMAH KELUAR 40 HARI SETIAP KALI 15 SYABAN....SEMOGA ALLAH TERIMA AKU DALAM KERJA AGAMA NI BAGAIMANA DIA TELAH MENERIMA ORANG-ORANG YG DIA TELAH TERIMA...DI DUNIA LAGI TELAH DI BERI KEMULIAAN,DI AKHIRAT LEBIH-LEBIH LAGI...
TENGAH AKU SEARCH NAK CARI BAHAN UNTUK KERTAS PROJEK AKU,TETIBA ALLAH JUMPAKAN AKU DENGAN BLOG YG MENGISAHKAN TENTANG CIKGU ZAKI YG SELAMA NI AKU DENGAR...SAJA AKU NAK KONGSIKAN DI SINI APA yg AKU BACA PENGALAMAN DARI PENULIS BLOG http://inijalanku.wordpress.com
"Asy-Syahid Cikgu Zaki Tabligh 1981"
Nama Cikgu Zaki dari jemaah
Tabligh sering saya dengar
sehingga saya bercita-cita untuk
bertemu dengan beliau. Akhirnya
Allah memakbulkan hasrat ini
apabila saya berpeluang
bertemunya buat kali pertama dan
terakhir di Surau Hitam,
Ampangan, Seremban sekitar tahun
1981, salah satu tempat tumpuan
jemaah Tabligh ketika itu.
Beliau adalah seorang guru MRSM
Kota Bhara, kemudian MRSM/Kolej
Mara Seremban, dibidang Kimia,
mendapat ijazah sains di United
Kingdom. Raut wajahnya yang
manis dan bersih, susuk badan
yang tinggi lampai, lilitan
serban dan baju ala Tablighnya
yang bersih dan kemas cukup
membuat pemuda yang ghairah
Islam seperti saya mencintainya
di jalan Allah dan ingin menimba
pengalaman darinya. Usahanya
yang gigih dalam menyampaikan
hadis-hadis mengenai kelebihan
atau fadhilat solat, zakat,
puasa, zikir, haji dan kisah-
kisah para Sahabat disamping
mengajak dan melatih para
pelajar untuk keluar menyertai
rombongan-rombongan Tabligh
berjaya menjadikan MRSM Kota
Bharu ketika itu sebagai MRSM
Tabligh. Bahkan pelajar di sana
yang telah tamat SPM dan
bertebaran ke MRSM Kulim,
MRSM-MRSM lain dan IPT dapat juga
mengesani dan mewarnai kesedaran
Islam di tempat-tempat yang baru tersebut.
Pada tahun 1981, dari MRSM
Kuantan saya pernah membuat
kunjungan ke MRSM Kota Bharu,
tempat beliau mengajar dan
berdakwah. Setelah berkenalan
dengan beberapa kepimpinan
pelajar di sana, saya turut
bersama mereka membuat ghasy
(pergi bilik ke bilik berdakwah)
mengajak setiap pelajar
menunaikan solat berjemaah di
surau, sama seperti yang
dilakukan oleh jemaah Tabligh
dari rumah ke rumah dalam
masyarakat. Kesan dari ghasy
yang dilakukan dengan penuh
sabar dan berterusan sepanjang
tahun oleh mereka, surau MRSM
Kota Bharu ketika itu dikira
paling ramai jemaah suraunya
berbanding MRSM-MRSM lain
dizaman tersebut.
Ketika saya di Australia sekitar
tahun 1985, berita yang di
impikan oleh setiap pendakwah
yang ikhlas di jalan Allah tiba
kepada saya. Cikgu Zaki telah
kembali ke Rahmatullah setelah
syahid ditembak oleh tentera
Filipina Kristian ketika
berdakwah di Selatan Mindanao
bersama dengan seorang temannya.
Mereka berdua dikebumikan di
sana. Semoga Allah swt
mengurniakan pahala Syahid kepada
mereka, memasukkan mereka ke
SyurgaNya tanpa Hisab, menanam
kesabaran kepada isteri dan
anak-anak mereka dan mempertemukan kita dan beliau di
Syurga Firdaus bersama dengan
para Nabi-nabi, Siddiqiin,
Syuhadak dan Solihin. Merekalah
sebaik-baik teman di Akhirat
kelak.
HAZRAT ASATIZAH DAURATUL HADIS MADRASAH
MIFTAHUL ULOOM,MARKAZ SERI PETALING
sekian buat kali ini,
DR PAKAR SAKIT IMAN,
khanndaie@blogspot.com
Assalam... saya pon rasa amat rindu. Cikgu zaki allahyarham as syahid. Guru, pembimbing, pengasuh, daei.. berair air mata ini. Rasa amat rindu. 2 tahun bersama beliau d mrsmkb. 1 tahun d mrsm jln green seremban. Bersama khuruj 40hari d yala d tahun2 1978. Suaranya, renungannya, matanya, lesung pipitnya, tazkirohnya, kesungguhannya, akhlaknya... jadi sumber inspirasi kawan2....
ReplyDelete