Thursday, 16 August 2012

INGAT LAGI TAK ADAB HARI RAYA????



PUASA???PUASA DAH HAMPIR TAMAT,
KINI MENJELANG AIDIL FITRI..





Tidak ada hari yang perlu dan sunnat untuk kita zahirkan kegembiraan melainkan kedua hari raya. Ini terbukti melalui hadis Anas bin Malek ra iaitu katanya,

 "Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kamu semua pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Eidil Adha dan Eidil Fitri.”
(Hadis Riwayat al-Nasaai)

Setiap negara berbeza sambutannya, malah sesetengah Negara Islam sambutan terlalu simple hanya sekadar datang beramai-ramai untuk solat Eid kemudian pulang dan aktiviti seharian seperti biasa. Namun begitu berbeza dengan negara-negara di sekitar Asia Tenggara ini (Malaysia, Indonesi,Selatan Thailand, Brunei dan juga Philipina). Mungkin negara yang kita sebutkan ini adalah dari rumpun Melayu yang kaya dengan budayanya. Namun begitu biarlah kita berhari raya tidak keterlaluan dan biarlah ianya menepati atau hampir kepada sunnah. Yang lainnya mengikut budaya kita yang tidak bertentangan dengan syariat dan sunnah maka sudah tentu dibolehkan.

Antara adab-adanya :

Takbir Raya

Dituntut bagi kita untuk bertakbir Raya bermula tenggelam matahari akhir Ramadhan sehingga imam selesai berkhutbah raya. Firman Allah swt, 

“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjukNya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.”   (Surah al-Baqarah : 185)

Biasanya pada malam raya Eidil Fitri ini kebanyakkan kita terlupa dan lalai kerana terlalu gembira pulang ke kampong berkumpul ahli keluarga yang jauh sedangkan malam tersebut adalah malam Lailatul Jaezah (Malam Kurnian Hadiah) .Amalan bertakbir ini tersangat dituntut untuk kita amalkan.Malah ianya lebih utama ketika itu dari zikir-zikir yang lain. Amalan bertakbir ini kekadang hilang begitu sahaja. Jika ada pun ianya hanya sesudah solat Insyak berjemaah di masjid atau surau. Jika tidak ke masjid  atau ke surau maka takbir ini luput begitu sahaja. 

Bagi mereka yang sedang memandu pulang pada malam tersebut tidak salah untuk bertakbir sekali sekala di dalam kenderaan. Malah pada malam tersebut juga dituntut untuk solat malam seperti biasa dan bangun awal serta sunat bertakbir apabila selesai bersolat malam. 

Selain dari itu ketika keluar untuk pergi solat Eid Fitri pun masih sunat bagi kita untuk bertakbir. Maknanya jika ada kesempatan pada malam dan paginya jangan dibiarkan untuk tidak diisi dengan amalan takbir ini.

"Solat Malam Dan Solat Fardhu Berjemaah"

Seringkali solat fardhu berjemaah kita tinggalkan kerana kesibukkan dengan  ahli keluarga. Isteri akan sibuk di dapur menyediakan masakan terakhir untuk Hari Raya besoknya. Suami pula sibuk melayan anak-anak bermain bunga api di luar. Anak perempuan yang sulung sibuk dengan Facebook di depan komputernya. Anak lelaki yang kedua pula sibuk dengan H/phone tebarunya sms dengan kawan-kawannya. Dua anak kecil lagi asyik di depah T.V menonton program Hari Raya. Itu untuk orang biasa, namun kita akan dapati imam masjid pula akan sibuk dengan kutipan zakat untuk kali terakhirpada malam tersebut. Bilal pula sibuk melayani menantu dan cucu di halaman rumah.

Hasilnya solat maghrib dan Insya berjemaah akan ketiadaan Jemaah, kalaulah tidak kerana anak-anak muda pelajar universiti yang biasanya sebuk dengan aktiviti keagamaan di universiti pulang ke kapong maka lansung tidak akan ada kedengaran azan berkumandang di masjid dan surau. Merekalah yang azan dan menjadi imam. 

Solat Suboh berjemaah pun begitu kerana masing-masing tidur lewat maka suboh berjemaah juga terus terlepas. Sedangkan Ramdhan mengajar kita untuk bangun di waktu sahur selama 30 malam, namun gara-gara malam Raya semuanya terlepas.

Solat suboh berjemaah pagi itu disunatkan bagi kita untuk bersolat di masjid/surau yang terdekat dengan rumah kita jika Solat Eid dibuat di masjid yang jauh.

Mandi Eidil Fitri

Selain dari perkara di atas, kita juga disunatkan mandi Eidil Fitri. Ianya sama seperti mandi-mandi sunat yang lain dan juga sama dengan mandi-mandi wajib. Yang membezkannya dengan mandi-mandi yang lain terletak di atas niatnya sahaja. Dikatakan bahawa baginda akan mandi sebelum berangkat untuk menunaikan solat Eidil Fitri. Ini sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Qayyim.

Sebenarnya tidak perlu bagi kita menunggu sesudah Solat Suboh baru mandi Sunat Eidil Fitri. Malah kata sesetengah ulama dibolehkan kita mandi apabila sudah sepertiga malam. Kata mereka lagi ianya sekitar tujuh atau lapan jam selepas terbenam matahari. Jika kita kira ianya sekitar pukul tiga pagi. Ia juga adalah pandangan Imam Syafie sebegaimana yang dicatikan oleh Dr Wahbah Zuhaili di dalam kitabnya.

Persoalannya bila masing-massing memikirkan untuk mandi sesudah Solat Suboh sebelum ke Masjid, maka kita akan dapati di tepat yang paip airnya laju sekalipun akan kekurangan air. Ini kerana masing-masing memikirkan untuk mandi di waktu tersebut. Jika lima keluarga yang pulang ke kampong untuk satu rumah, satu keluarga mempunyai empat ke lima orang anak. Bayangkan berapa ribukah yang akan mandi pada waktu tersebut di kampong tersebut. Tidak hairanlah air paip akan perlahan dan mungkin tidak keluar lansung.

Untuk ini sebaiknya kita mandi awal bagi mnyelesaikan masaalah ini.


Makan Sebelum Solat Eidil Fitri

Disunnahkan untuk kita menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan Solat Eidil Fitri. Ini bersesuaian bahawa Hari Raya Eidil Fitri ini adalah hari untuk kita berbuka bagi sebulan berpuasa. Di riwayatkan bahawa Rasulullah saw akan mengabil tamar untuk makan sebelum ke tempat solat Eidil Fitri. Baginda akan mengambil kadar bilangan ghasal (Ganjil) 1 atau tiga atau lima. Sebagaimana hadis yang berbunyi “Hua yakkulu tamraat witaran”.

 Juga hadis dari Anas ra, ia berkata,  “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak pergi tempat solat pada pagi Eidil Fitri hingga baginda makan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: 

“’Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas berkata: “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memakannya di dalam jumlah yang ganjil". Amalan sebegini juga menutup prasangka bahawa kita masih berpuasa.

Jadi tidak salah bagi kita menyediakan juadah seperti berbuka puasa sebelum pergi untuk bersolat Eidil Fitri. Apa yang membezakannya hanyalah menunya sahaja namun tamar/kurma jangan ditinggalkan.

Berpakaian Indah
 Imam Syafie menyebut di dalam Kitab al-Umm:
"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Eidil adha dan Eidil fitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian."

Maka sunat lagi bagi kita memakai pakaian yang indah yang termampu bagi kita asalkan jangan bermegah-megah. Selain itu biarlah pakaian yang dipakai itu menutup aurat kita dengan sempurna , khususnya bagi kaum wanita. Hal ini perlu diambil berat kerana rata-rata pada hari raya khususnya takkala kita bertandang berhari raya kebiasaannya pakaian yang menutup aurat sempurna tidak diambil peduli.

Bukan hanya pakaian kita malah pakaian anak-anak juga perlu menepati syariah.

Berjalan Kaki Menuju Ke Masjid

Masaalah paling ketara akhir-akhir ini bila kita ke masjid untuk solat Eidil Fitri adalah masaalah parking kereta. Kita akan dapati tempat parkig/letak kereta masjid tidak akan muat malah sepanjang jalan di hadapan dan belakang masjid akan penuh sesak dengan kenderaan. 

Apa tidaknya, waktu inilah mereka  yang balek kampong nak tunjukkan kenderaan masing-masing kepada teman sekampong. Hasilnya laman masjid dana sekitarnya penuh sesak.

Sebenarnya bagi mengatasi masaalah seperti ini  terbaik dengan mengikuti sunah Rasulullah saw. Sebagaimana riwayat Saidina Ali ra bahawa Nabi saw menganjurkan pergi ke masjid untuk solat Eidil Fitri degan berjalan kaki jika kadar jauhnya tidak memberatkan. Malah menjadi sunat pergi mengikuti jalan yang lain dan pulang mengikuti yang berbeza.

Imam al-Syafi’e rah juga menjelaskan di dalam kitab al-Umm: Kami mendengar dari al-Zuhri bahawa dia berkata: “Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah naik kenderaan baik ketika solat Eid ataupun solat Jenazah”.
 Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani rah : Imam al-Syafi’e rah di dalam kitabnya al-Umm mengatakan bahawa seorang imam dan makmum disunnahkan untuk mengikuti jalan yang berbeza dengan jalan waktu pergi ketika pulang dari solat Eid. Demikian juga pendapat majoriti pengikut mazhab Syafi’i.

Lafaz Ucapan Hari Raya

Ucapan lafaz hari raya yang lebih tepat dan menuruti sunnah adalah sebagaimana yang di ceritakan olehLafaz ucapan hari raya seperti “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin” sudah menjadi sinonim bagi Umat Islam di Malaysia. Namun, cara dan lafaz yang lebih bertepatan dan menuruti sunnah Baginda ialah berdasarkan apa yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair katanya: 
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian daripada mereka mengucapkan kepada sebahagian yang lain dengan ucapan  ‘Taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”

Jadi sebaiknya kita mengikuti lafaz seperti ini kerana ianya lebih mirip kepada berdoa. Maknanya kita salaing doa mendoakan antara satu dean yang lain. Sebagaimana lafaz salam begitu juga dengan lafaz ucapan hari raya. Lafaz ucapan hari raya yang biasa kita ucapkan bukanlah salah tetapi terlbih baik kita ikut yang di sarankan oleh ulama.

Maknanya yang lebih tepat di samping kita mengucapkan ucapan “ Selamat Hari Raya Eidil Fitri Maaf Zahir da Batin” maka jangan lupa jga untuk kita mengucapkan “Taqabbalullah minna waminka”.








SEKIAN BUAT KALI INI,
SALAM AIDILFITRI,
DR PAKAR SAKIT IMAN,
khanndaie@blogspot.com

AS-SHAHID CIKGU ZAKI TERKORBAN KETIKA BERDAKWAH....



 
"USAHA DAKWAH TAK TERLEPAS DARI PUJI DAN KEJI"

SEMASA AKU KECIK DULU, WAKTU KELUAR BERTABLIGH, AKU SELALU DENGAR CERITA PASAL CIKGU ZAKI...PAKCIK-PAKCIK TABLIGH KATA, DIA SHAHID DI FILIPIHNE SHAHID DI TEMBAK DAN DI MAQAMKAN DI FILIPHINE...TAK SILAP AKU NAMA MARKAZ YG DI BINA SELEPAS KESHAHIDAN CIKGU ZAKI NI IALAH MARKAZ DI MARAWI CITY..

ORANG-ORANG YG PERNAH SAMPAI SANA KATA, KUBURNYA BERBAU WANGI....CIKGU ZAKI IALAH SEORANG YG KUAT KORBAN DAN ISTIQOMAH KELUAR 40 HARI SETIAP KALI 15 SYABAN....SEMOGA ALLAH TERIMA AKU DALAM KERJA AGAMA NI BAGAIMANA DIA TELAH MENERIMA ORANG-ORANG YG DIA TELAH TERIMA...DI DUNIA LAGI TELAH DI BERI KEMULIAAN,DI AKHIRAT LEBIH-LEBIH LAGI...

TENGAH AKU SEARCH NAK CARI BAHAN UNTUK KERTAS PROJEK AKU,TETIBA ALLAH JUMPAKAN AKU DENGAN BLOG YG MENGISAHKAN TENTANG CIKGU ZAKI YG SELAMA NI AKU DENGAR...SAJA AKU NAK KONGSIKAN DI SINI APA yg AKU BACA PENGALAMAN DARI PENULIS BLOG http://inijalanku.wordpress.com

"Asy-Syahid Cikgu Zaki Tabligh 1981"

Nama Cikgu Zaki dari jemaah 
Tabligh sering saya dengar 
sehingga saya bercita-cita untuk
 bertemu dengan beliau. Akhirnya
 Allah memakbulkan hasrat ini
 apabila saya berpeluang 
bertemunya buat kali pertama dan
 terakhir di Surau Hitam,
 Ampangan, Seremban sekitar tahun
 1981, salah satu tempat tumpuan
 jemaah Tabligh ketika itu.
 Beliau adalah seorang guru MRSM
 Kota Bhara, kemudian MRSM/Kolej
 Mara Seremban, dibidang Kimia,
 mendapat ijazah sains di United
 Kingdom. Raut wajahnya yang
 manis dan bersih, susuk badan
 yang tinggi lampai, lilitan 
serban dan baju ala Tablighnya
 yang bersih dan kemas cukup
 membuat pemuda yang ghairah
 Islam seperti saya mencintainya
 di jalan Allah dan ingin menimba
 pengalaman darinya. Usahanya
 yang gigih dalam menyampaikan
 hadis-hadis mengenai kelebihan
 atau fadhilat solat, zakat,
 puasa, zikir, haji dan kisah-
kisah para Sahabat disamping
 mengajak dan melatih para 
pelajar untuk keluar menyertai
 rombongan-rombongan Tabligh
 berjaya menjadikan MRSM Kota 
Bharu ketika itu sebagai MRSM
 Tabligh. Bahkan pelajar di sana
 yang telah tamat SPM dan
 bertebaran ke MRSM Kulim, 
MRSM-MRSM lain dan IPT dapat juga
 mengesani dan mewarnai kesedaran
 Islam di tempat-tempat yang baru tersebut.
Pada tahun 1981, dari MRSM
 Kuantan saya pernah membuat
 kunjungan ke MRSM Kota Bharu,
 tempat beliau mengajar dan 
berdakwah. Setelah berkenalan
 dengan beberapa kepimpinan
 pelajar di sana, saya turut
 bersama mereka membuat ghasy
 (pergi bilik ke bilik berdakwah)
 mengajak setiap pelajar
 menunaikan solat berjemaah di
 surau, sama seperti yang
 dilakukan oleh jemaah Tabligh
 dari rumah ke rumah dalam
 masyarakat. Kesan dari ghasy
 yang dilakukan dengan penuh
 sabar dan berterusan sepanjang
 tahun oleh mereka, surau MRSM 
Kota Bharu ketika itu dikira
 paling ramai jemaah suraunya
 berbanding MRSM-MRSM lain
 dizaman tersebut.
Ketika saya di Australia sekitar
 tahun 1985, berita yang di
 impikan oleh setiap pendakwah
 yang ikhlas di jalan Allah tiba
 kepada saya. Cikgu Zaki telah
 kembali ke Rahmatullah setelah
 syahid ditembak oleh tentera
 Filipina Kristian ketika 
berdakwah di Selatan Mindanao
 bersama dengan seorang temannya.
 Mereka berdua dikebumikan di
 sana. Semoga Allah swt 
mengurniakan pahala Syahid kepada 
mereka, memasukkan mereka ke 
SyurgaNya tanpa Hisab, menanam
 kesabaran kepada isteri dan
 anak-anak mereka dan mempertemukan kita dan beliau di
 Syurga Firdaus bersama dengan
 para Nabi-nabi, Siddiqiin,
 Syuhadak dan Solihin. Merekalah
 sebaik-baik teman di Akhirat
 kelak.


HAZRAT ASATIZAH DAURATUL HADIS MADRASAH
MIFTAHUL ULOOM,MARKAZ SERI PETALING





sekian buat kali ini,
DR PAKAR SAKIT IMAN,
khanndaie@blogspot.com

MERSING bumi bertuah......


AKU bersyukur kerana lahir di bumi bertuah ini...aku membesar di sini dan di sinilah tempat tumpah darah keturunanku..walaupun jauh beribu batu di perantauan namun kau tetap di hatiku...ibu ku orang Kampung Tenglu Batu 5 dan ayah ku orang Kampung Tanjung Genting..memang Anak Jati Mersing..lahir dan membesar di sini...kalau kat sekolah dulu,semua orang balik kampung bila time raya tapi keluarga kami tidak,sebab rumah atok dan nenek memang pergi hari-hari..dekat sangat dari rumah kami..ayah ku adalah cucu kepada Tuan Guru Imam mukree,seorang ulama taikun di Mersing sekitar taun 60-80 an...
alhamdulillah syukur,ada juga dalam diri ku ini mengalir darah Alim Ulama'...kalau lah atok nenek aku artis ke, penyanyi pub ke, penjual tiket fun-fair ke,juara idola kecil suara emas ke,,manelah aku nak letak muka..heheee...

MERSING ialah bumi yg mempunyai pantai yg indah,puluhan pulau-pulau yg menarik,ikan-ikan yg segar,udara yg sihat,keropok-keropok lekor yg di usahakan sendiri dan banyak lagi kelebihan Bumi Mersing yg aku berbangga lahir di Mersing....
Pantai MERSING yg indah kini telah di cemari maksiat...
ikan pun dah rasa kurang sedap TAK MACAM dulu lagi 
sebab pantai di cemari maksiat....



aku berasa berat hati untuk meninggalkan Mersing semasa mula-mula aku di tawarkan untuk masuk SMK AGAMA BANDAR PENAWAR,Kota Tinggi selepas tamat darjah 6 kerana kawan-kawan ku semua di sini...tetapi ibu ku berkata,
"kalau ibu ada peluang macam along,ibu pun akan sambung belajar dan tak nak sekolah menengah di mersing,cukuplah sekolah rendah dan tadika di sini"...selepas tamat sekolah menengah di Bandar penawar...sekali lagi aku kene tinggalkan Mersing jauh beratus batu...aku mendapat tawaran untuk menyambung pengajian aku di bumi Perlis indera kayangan...nun jauh 12 jam perjalanan menaiki bas dari basten Mersing..aku langsung tak pernah rasa bangga apatahlagi rasa syok duduk kat tempat orang..duduk mersing lagi best...kini tanpa ku sangka dan menjangka,aku telah berada di Bumi Jordan,lebih jauh ribuan batu dari bumi Mersing...kalau lah aku dapat pinjam pintu doraemon tu,aku nak balik Mersing hari-hari...tak nak tidur kat jordan ni..hehehe..


bandar mersing baru....



Rasulluloh S.A.W berasa sedih apabila ingin tinggalkan Makkah sewaktu hijrah Madinah kerana itulah tempat lahirnya Baginda dan tempat Baginda membesar...begitulah aku, sebagai insan yg mempunyai naluri kecintaan kepada Baginda S.A.W, Aku turut sedih untuk meninggalkan Mersing namun telah ku pasak dalam diri ini semangat yg kuat, anak Mersing ini harus bangkit....buktikan pada dunia yg anak kelahiran Mersing bukan lah bodoh dan tak mampu berjaya dalam hidup seperti orang lain seterusnya mengharumkan nama Agama dan negara di persada dunia....


bandar mersing dalam kerinduan hati ini


Mengikut sejarah, Mersing telah dibuka pada
 tahun 1892 oleh Dato’ Bentara Luar iaitu MOHD
 SALLEH BIN PERANG. Tapi menurut temubual dengan Encik Hussin bin Mohamad, Dato’ Bentara Luar hanya menjalankan kerja-kerja mengukur Daerah Mersing.
Cerita lisan mengenai nama Mersing yang pertama ialah sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Singh ataupun Men Singh. Beliau dikatakan telah melarikan diri dari Pahang kerana membawa gundik Sultan Pahang.
Cerita Lisan Kedua KANGKA adalah nama yang cukup popular mengenai Mersing berasal dari bahasa Hokkien yang bererti ‘MUARA’. Sekitar 1880 an, Sungai Mersing merupakan persinggahan kapal-kapal dagang seperti Kapal Hong Yat yang membawa ikan kering. Barang dipunggah melalui jeti yang dinamakan Jalan Jeti di situ dan wujudnya masyarakat Cina sebagai pembuka nama mersing.
Mengikut Abdul Malek Munip, imigran-imigran cina yang berada di seluruh negeri johor termasuk Mersing digalakkan berhijrah daripada Maharaja Abu Bakar di bawah sistem Kang Chu, sistem itu dijalankan di Sungai Besar Johor dimana orang cina menanam gambir dan lada hitam.
Sebagai menyahut saranan Baginda imigran membuka penempatan di Kangka dengan nama Kangka Apeng dan sekarang dikenali sebagai Estet Kuala Mayang ditanami getah dan kelapa sawit.
Nadi pembangunan Mersing ialah kegiatan pertanian seperti rancangan FELDA, FELCRA dan RISDA. Pembukaan tanah itu mengubahkan sedikit-sedikit wajah Bandar mersing.
Daerah Mersing yang ada pada masa itu mempunyai petempatan yang berselerak seperti Lubok (kini dikenali sebagai Pengkalan Batu, Tenglu, Sri Pantai dan tempat-tempat lain). Kesemua tempat ini mempunyai cara yang tersendiri mendapat namanya.
Pada zaman pendaratan Jepun di Mersing, mereka telah membakar kawasan Bandar Mersing dan memusnahkan jalanraya dan jambatan konkrit yang dibawa oleh Inggeris. Pusat Pentadbiran Jepun masa itu, kini telah didirikan Bangunan Majlis Daerah Mersing.
Penduduk asal Mersing pula, pada zaman dahulu kala berasal dari negeri Terengganu. Ini dibuktikan dengan terdapatnya beberapa kampung yang mengusahakan keropok lekor ikan. Ada juga antara penduduk tempatan yang fasih bertutur dalam telor Terengganu.
Kira-kira 40 km dari Mersing, terdapat sebuah pekan yang dinamakan sebagai Endau. Pekan Endau mendapat nama daripada nama seorang peranakan India yang bernama “Endau” yang menetap di situ walaupun kawasan itu pada mulanya dibuka oleh Dato’ Mohd Ali atas perintah Temenggong Ibrahim. Pekan Endau dikatakan maju kerana menjadi tumpuan orang-orang Cina berniaga, menjadi nelayan dan pembalak-pembalak di kawasan hulu Sungai Endau. Rumah-rumah rakit dibina di kawasan pinggir Sungai Endau dan juga di muara sungai pada awal pembukaannya di Mersing. Pada tahun 1902, Encik Awang Ali (Awang Daik) telah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Kerajaan bagi Endau. Pada tahun 1915 hingga 1916, beliau telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Kerajaan bagi Endau dan bersara pada 1 Februari 1920. Pejabat Kastam juga telah ditubuhkan pada masa itu untuk ditugaskan memungut cukai dari pedagang-pedagang yang menjalankan perniagaan di Pekan Endau.
Terdapat banyak bahan mentah di Endau. Antaranya kayu balak, hasil-hasil hutan seperti rotan, damar dan juga gading gajah. Hasil-hasil laut dikeringkan dan dijual keluar dari Endau. Kebanjiran penduduk-penduduk Cina dikawasan Endau terbukti dengan adanya perkampungan baru yang dinamakan Kampung Hubong. Juga terdapat satu petempatan tentera bagi mengawasi dan menghalang pengaruh komunis di kawasan tersebut. Kesan-kesan tinggalan askar kini dijadikan sebuah sekolah agama bagi anak-anak tempatan.

bandar Mersing tercinta...


Kira-kira 25 km dari Mersing dan 20 km dari 
Endau, terdapat sebuah pusat peranginan yang sedang dibangunkan. Kawasan tersebut dinamakan Teluk Sari bersempena dengan cerita-cerita orang dulu yang akan bermalam sehari di teluk itu apabila berulang-alik dari Endau ke Mersing. Manakala nama Penyabong berasal sempena dengan kebiasaan lanun-lanun yang menetap di situ menjadikan tempat itu sebagai kawasan menyabong ayam. Kemunduran Endau dipercayai berpunca dari sumpah anak Pahang bernama Damak. Antara bunyinya "bagi orang-orang Endau, masa hadapan bandar ini tidak akan maju seperti apa yang telah saya buat". Hal ini tidak dapat dipastikan kebenarannya namun jika benarlah maksud kata-kata itu, bermakna Endau tidak diberi perhatian dalam usaha-usaha pembangunannya.
Salah satu mukim yang terdapat di dalam Daerah Mersing yang sejarahnya berkait rapat dengan sejarah Mersing ialah mukim Tenglu. Tenglu dikatakan mendapat nama dari persahabatan yang erat antara pemuda Melayu, Abul dan pemuda Cina, Lam Seng yang telah membawa kepada kerjasama untuk menanam getah di kawasan yang terletak lebih kurang 5 batu dari Sungai Mersing. Setelah menjalani proses pembersihan kawasan dan penanaman, mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan makanan. Abul tidak tahan menanggung risiko ini dan ingin segera kembali ke Mersing. Beliau telah berkata kepada Lam Seng "Tinggallah Lu" sehingga terbitlah nama Tenglu

orang-orang lama mersing sekitar tahun 60-an
Sebagai satu-satunya daerah di Johor yang dimasukkan dalam ECER, Mersing boleh mengharapkan sejumlah RM300 juta peruntukan bagi memastikan segala perancangan koridor untuk menjadikan Mersing sebagai bandar eko-pelancongan menjadi kenyataan.
Bertepatan dengan pemilihan sektor perlancongan sebagai teras ekonomi Mersing di bawah ECER, antara pembangunan fizikal yang pasti berlaku ialah pembangunan eco resort di tapak 18 ekar bekas Rumah Persinggahan milik Yayasan Pelajaran Johor berhampiran dengan Hospital Mersing. Selain dari itu pembinaan jalan yang lebih baik untuk memudahkan lagi perhubungan antara daerah ini dengan bandar-bandar utama di sekelilingnya termasuk Kuantan, Johor Bahru dan Kluang.

walaupun di perantauan,mersing tetap di hati ku....



Meskipun belum diumumkan, satu laluan baru yang menghubungkankan Mersing dengan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) melalui Kluang dan Kahang akan diwujudkan. Apabila ini berlaku, perhubungan darat antara Pantai Barat dan Pantai Timur di bahagian selatan semenanjung akan menjadi lebih efisen.
Laluan baru yang dicadangkan untuk merancakkan lagi ekonomi kawasan ini ialah menghubungkan Johor Bahru dengan Sedili terus ke Mersing melalui jalan pesisir pantai. Laluan ini dilihat sebagai usaha menarik minat rakyat Singapura yang sememangnya gemar memandu ke Malaysia terutama ke destinasi pelancongan berpantai. Mersing tidak mempunyai jaringan kereta api tetapi boleh berbuat demikian melalui Stesen Kereta Api Kluang yang terletak 90 kilometer ke barat Mersing.Stesen kereta api ini yang paling dekat bagi daerah Mersing.
Selain pulau dan pantai, taman negara endau-rompin yang juga merupakan hutan simpan tertua dunia terletak dalam daerah Mersing. Ia menawarkan pelancongan berbentuk pengembaraan yang begitu popular di kalangan orang Eropah dan Amerika seperti yang dilihat di Sabah dan Sarawak. Bagi peminat aktiviti lasak, sebuah kem latihan milik Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) juga menawarkan aktiviti Ikhtiar Hidup di hutan dan pusat latihan ini wujud semenjak 1974 di Sekakap.


pantai air papan mersing yg indah....

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah menerima beberapa cadangan daripada sektor swasta untuk memastikan Mersing benar-benar menepati statusnya sebagai antara destinasi pelancongan utama. Antaranya ialah meluaskan kawasan daratan di Mersing dengan menebus tanah di hadapan bandarnya supaya jeti yang digunakan untuk membawa pelancong ke pulau-pulau berhampiran dapat digunakan sepanjang masa walaupun ketika air surut. Penebusan tanah ini mengambil kira alam sekitar tanpa merosakkan khazanah alam sekitar. Pembinaan lombong emas berkonsepkan eko pelancongan / pendidikan juga sedang dipertimbangkan dan akan menaik taraf status ekonomi di Mersing. Dikatakan bahawa 80 peratus tanah di daerah Mersing mempunyai kandungan emas dan bahan-bahan galian yang berharga.


Gambar tinggal kenangan..Mersing telah melalui pembangunan dan 
kini pasar Ikan ini telah menjadi bandar tepian sungai Mersing...



Ketika ini penggunaan jeti begitu terhad ketika air pasang akibat pemendapan di muara Sungai Mersing. Pembangunan pesat yang bakal berlaku di daerah ini juga dijangka membawa kesan sampingan seperti penghijrahan penduduk luar bandar ekoran peluang pekerjaan yang lebih luas. Dianggarkan terdapat 56,100 peluang pekerjaan wujud menjelang 2020 di Mersing (10% dari jumlah peluang pekerjaan di ECER).
Mersing kini mempunyai kira-kira 83,000 penduduk dengan 65 peratus daripadanya tinggal di kawasan luar bandar.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR BATIN KU UCAPKAN BUAT SEMUA WARGA BUMI BERTUAH MERSING TERUTAMA YG MENGENALI DIRI INI...
KEPADA SELURUH PAKCIK MAKCIK,SANAK SAUDARA YG BERADA DI MERSING,TIDAK LUPA JUGA KEPADA GURU-GURU SAYA DI SJK(C) PAI CHEE MERSING,DARI TADIKA HINGGA KE DARJAH 4,AKU MENIMBA ILMU DARI KALIAN...GURU-GURU SK TENGLU MERSING DARI DARJAH 5 HINGGA DARJAH 6,KALIAN MENGAJAR KU ERTI KEHIDUPAN..GURU-GURU DI SEKOLAH AGAMA SAWAH DATO',SEKOLAH AGAMA BUKIT TIMBALAN DAN SEKOLAH AGAMA TENGLU,SEMOGA ILMU AGAMA YG KALIAN CURAHKAN DAPATLAH AKU GUNAKAN UNTUK MENABUR BAKTI PADA AGAMA DAN ANAK BANGSA......


KENANGAN RAYA BERSAMA KELUARGA 4 TAHUN YG LALu..
KENANGAN AIDILFITRI TAHUN LALU





SEKIAN BUAT KALI INI,
SALAM AIDILFITRI DAN SALAM KEMERDEKAAN,
DR PAKAR SAKIT IMAN,
khanndaie@blogspot.com

Sunday, 12 August 2012

CINTAKU untuk wanita NIQAB...............

SEMENJAK AKU MEMILIH JALAN UNTUK MENJADI INSAN YG berjuang dan SEDIA UNTUK MEMIKUL TANGJUNGJAWAB AGAMA MEWARISI MAHKOTA KERJA KENABIAN iaitu MENEMPUH RANJAU MUJADAH MEMBINA KHULASAH ATAS JALAN DAKWAH, MAKA SELURUH KEHIDUPAN KU MULA BERUBAH..PERCAKAPAN SUDAH MULA BERUBAH,MINAT SUDAH MULA BERUBAH DAN BANYAK PERUBAHAN DEMI PERUBAHAN BERLAKU DALAM KEHIDUPANKU TERMASUK PERASAAN KU TERHADAP WANITA BERUBAH MENYINTAI DAN MENYANJUNGI WANITA BERNIQAB_BERPURDAH_BERJILBAB_BERBURQA'.....
ALLAH MENJADIKAN KU DI DUNIA INI MENYINTAI WANITA NIQAB


WANITA SPECIS INI MENARIK PERHATIAN KU,MENYEJUKKAN PANDANGAN MATA KU DAN MENYENTUH DENYUTAN SANUBARI KU WALAUPUN DIA SUDAH BERGELAR ISTERI ORANG....KERANA AURA MEREKA SANGAT BERBEZA,mungkin mereka tempat jatuhnya pandangan rahmat ALLAH.....emmmm...walaupun ada pihak yg tak setuju dengan pemakaian niqab ini tu terpulang pada pendapat masing-masing...aku paling menyampah sarap tengok orang yang tak de kekuatan nak buat satu-satu amal kemudian mengkritik insan lain yg ada kekuatan melakukannya........




semenjak dulu lagi,aku bercita-cita melihat ibu ku berniqab...namun apakan daya,mungkin di sebabkan amal ku yg kurang,ALLAH masih belum buka pintu hatinya untuk berniqab....ingat lagi dulu,aku sanggup menempah purdah jaitan tangan untuk ibu ku hanya kerana ingin melihat ibu ku berpurdah..pastu aku bagi kat adik aku suruh adik aku pujuk ibu pakai purdah sebab dia kecik lagi masa tu jadi mungkin ibu aku dengar cakap dia...hehehe...rupanya x....ibu aku amek purdah tu simpan dalam almari dia...dia kata nanti dapat hidayat dia pakai lah insyALLAH...buat pengetahuan semua,ibu aku ni seorang ustazah...ayah aku lak orang kuat pas....jadi nak tashkel ibu aku pakai purdah memanglah susah....hehehee...


milik siapakah gadis ini????hanya lelaki sehebat 
ali R.A dapat memiliki gadis sehebat fatima r.anha...



MAKA aku dan adik ku bernekad untuk memiliki seorang ahliah (orang rumah) ataupun zaujah (isteri) yang memakai  niqab..mudah-mudahan dia menjadi sumber jazbah(semangat) kepada ibu ku untuk berniqab....bagiku aku wanita berniqab atau berpurdah ni mahal....sebab muka dia tak luak bagi orang lelaki lain tengok suka-suka....tapi BUKANLAH bermakna wanita yg tak memakai niqab tu MURAHAN....tapi cuma wanita yg tak berniqab ni kurang mahal lah sebab dah hari-hari wajah nya di lihat lelaki-lelaki kat luar tu....ada sekali orang tanya, tapi tanya macam nak marah,
"ustaz!!!kenapa nak isteri ustaz nanti pakai purdah...bukan luak pun...."
kawan-kawan di mesir...hanya untuk lelaki soleh...

soalan yg menaikkan perasaan n emosi marah aku sebab soalan ni di tanya oleh seorang ustazah tua yg tak berapa cerdik....aku pun jawab:
"waktu saya kahwen nanti,masa saya bayar mas kahwen,ada tak siapa-siapa ajak saya share bayar mas kahwen tu sama-sama?masa akad nikah,ada tak cakap,isteri awak ni ada share gn orang lain?rasa saya tak de...rasa saya,saya sorang je yg akan bayar mas kahwen...saya sorang je yg akan tebalkan muka bila nak jumpa ayah perempuan tu masa merisik,keluar duit minyak kereta nak g rumah merisik pun saya...jadi kenapa saya perlu share muka dan kecantikkan isteri saya pada lelaki lain...sebab saya sorang je yg keluar modal,lgpun isteri saya mahal,bukan murah,tak kan nak biar kan milik saya di tatapi lelaki lain dengan selamba je..saya bukan dayus"..
ulama cakap,kalau orang tak cerdik bertanya,jangan jawab dengan dalil QURAN HADIS tapi jawab dengan mantiq..


siapa dia wanita solehah?


hukum berpurdah






semua insan perlu menemui ALLAH di akhirat melainkan wanita yg memberati purdah di dunia dahulu,ALLAH sendiri akan menemuinya...

WANITA berpurdah di tambah kecantikkan nya dengan nur 13 kali ganda dari kecantikkan biasa...

di syurga akan ditambah 70 kali ganda kecantikkannya dari wajah asli..


  • Manfaat di dunia dengan memakai purdah sepenuhnya. Di syurga Allah SWT beri 70 kali 

  • ganda kecantikan La'ibah (ketua bidadari). inilah manfaat rohani dan akhirat jika wanita dapat 

  • amalkan purdah. Ini merupakan satu rahmat dan nikmat dari Allah SWT.

  • Hazrat Fatimah r.ha berkata kepada Rasulullah SAW, "wahai Rasulullah SAW, jika seseorang 


  • itu dapat menjaga auratnya adalah lebih manis daripada madu tetapi untuk mengamalkannya 

  • adalah lebih halus daripada seurat rambut kerana untuk menjaga seurat rambut adalah payah.

  • Hazrat Fatimah r.ha dapat menjaga auratnya dengan sepenuhnya hingga di akhirat kelak 

  • apabila ia hendak melintasi titian Sirat, Allah SWT memerintahkan semua orang supaya 

  • tunduk dan palingkan pandangan mereka dari melihat Hazrat Fatimah r.ha. Beliau sungguh 

  • memandang berat pada aurat hingga beliau meninggalkan wasiat, jika beliau meninggal dunia 

  • maka kebumikanlah di waktu malam supaya tiada siapa dapat melihat sama ada beliau kurus 

  • atau gemuk, tinggi atau rendah.





KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.




PERJALANAN HIDUP JAUH LAGI KU AKAN TEMPUH..RANJAU BERDURI YG AKAN DATANG MASIH TAK DAPAT KU JANGKA...PILIH ISTERI BUKAN MACAM NAK PILIH BAJU KAT PASAR MALAM....KENE PILIH BETUL-BETUL...GAGAL BUAT PILIHAN,PADAH MENANTI DI MAHSYAR...ISTERI SOLEHAH TEMAN PERJALANAN BERLIKU INI...SEMOGA ENTRY KALI INI,MENAIKKAN SEMANGAT PEMUDA UNTUK MEMBURU WANITA SOLEHAH DAN MEMBAKAR SEMANGAT WANITA UNTUK MEMAKAI NIQAB.....wanita ni kita kene hargai kerana MECINTAI WANITA NI MENURUT SYARIAT,KALAU TAK CINTA TU TAK NORMAL LAH...heheeee...wanita pulak di dunia ni banyak ujian,kita lah sepatutnya sebagai lelaki menjadi pelindung dan pembimbing mereka...








SALAM RAMADHAN,
SEKIAN BUAT KALI INI,
DR PAKAR SAKIT IMAN,
khanndaie@blogspot.com