Tuesday, 10 July 2012

cerita tentang berkat????


AKU DENGAR DARI SEORANG PENDAKWAH yg 
bernama DR NORMAN MASRIK,di dalam 
satu kitab karangan
HAZRAT SYEIKHUL HADITH ZAKARIYYA 
SHAHARANPURI rah..ada di ceritakan 
kisah seorang kaya yg hidup di zaman
 empayar khilafah Abashyiyah...


saya orang kaya.....saya bukan sadiq sigaraga dalam 3 abdul....


orang kaya tu ada 2 orang anak 
lelaki..kedua-duanya dah kahwin....
satu hari orang kaya tu jatuh sakit..

anak yg sulong kata:abg tak nak 
jaga ayah tp abg nak harta ayah.

adik dia pulak kata:biar adik 
jaga ayah,adik tak nak harta ayah.

adik dia pun jaga dengan penuh 
ikhlas.sehingga ayah dia meninggal 
dunia.bila ayah dia telah meninggal
 dunia.abg dia pun datang.abg 
dia ambil semua harta ayah dia,
satu sen pun tak tinggal kat
 adik dia yg penat khidmat ayah dia.


abang amek semua ea dik!!haritu kan adik kata xnak....

setelah kematian ayah nya...
tinggal lah adik tadi dengan
 isterinyer hidup dengan penuh kemiskinan...satu hari adik tu
 bermimpi.satu orang berjubah 
putih datang kepadanya,
dan memberitahu,besok kau 
bangun pagi,kau pergi tempat 
sekian-sekian,kau ambil di sana 
ada seratus dinar ashrafi untuk 
kau.si adik pun bertanya,dalam 
seratus dinar ashrafi tu,
ada berkat tak???
orang berjubah putih tu kata,
tak de.
kalau xde keberkatan,
buat ape aku nak pergi ambil.
seratus dinat ashrafi..siapa nak?




esok bangun pagi,si adik 
menceritakan mimpinya kepada isterinya...isterinya menyuruh 
dia pergi ambil tapi suami nya 
berkata,kalau tiada berkat,buat
 apa nak ambil.
malam berikutnya lelaki berjubah
 putih yg sama datang dalam
 mimpinya lagi dan jawapan yg 
di berikan juga sama iaitu
 tiada keberkatan dalam 
100 dinar ashrafi yg di tawarkan.
bila bangun dari tidur,sekali
 lagi si adik menceritakan 
mimpinya itu kepada isterinya.
isterinya seakan memaksanya 
kerana sudah 2 malam 
berturut-turut mimpi yg sama.
mudah-mudahan dengan 
100 dinar ashrafi itu 
dapat mengubah nasib keluarga kita.
si suami tetap bekeras.kalau tiada keberkatan,buat apa nak ambil 
katanya.


malam ketiga,lelaki berjubah 
putih yg datang dalam mimpi 
pada malam sebelumnya,datang 
lagi dalam mimpi si adik buat
 kali yg ketiga.
lelaki itu berkata,besok kau 
bangun pagi,kau pergi tempat 
sekian-sekian,
kau ambil 1 dinar ashrafi.
dua malam sudah dia di 
tawarkan 100 dinar ashrafi 
tapi pada malam ini hanya
 1 dinar ashrafi.maka si
 adik pun bertanya,di dalam
 1 dinar ashrafi tu ada berkat tak?
lelaki itu menjawab,ada...


keesokkan harinya,si adik 
bangun tidur dan lantas pergi 
ke tempat yg di maksudkan 
tanpa menceritakan mimpinya
 kepada isterinya.
si adik menemui 1 dinar ashrafi
 di tempat yg di beritahu 
lelaki berjubah putih di 
dalam mimpinya itu.


1 dinar ashrafi bukanlah 
jumlah yg besar....
apa lah sgt si adik boleh 
beli dengan 1 dinar ashrafi tu??
tetapi ini adalah 1 dinar 
ashrafi yg berkat..si adik 
menuju ke pasar,dengan 1 dinar 
ashrafi itu,si adik dapat 
membeli 2 ekor ikan.


si adik pulang ke rumah dan 
memberikan ikan tadi kepada 
isterinya untuk di siang..
teperanjat si isteri apabila 
belah perut ikan pertama 
terdapat sebijik mutira.
kemudian apabila belah perut 
ikan yg lagi sekor terdapat 
sebijik lagi mutiara.


ingat dalam perut ikan kembung tak leh keluar mutiara ke???


si adik segera mengambil 2 
biji mutiara tu dan membawa
 mutiara tu ke pekan untuk 
di jual..
sampai di pekan,KHALIFAH 
pada masa itu KHALIFAH 
MALIK BIN MARWAN telah ternampak
 mutiara itu dan membelinya 
dengan 70 ribu ekor unta yg 
sarat dengan harta...


inilah berkat..kalau rezki 
seharian kita berkat,insyALLAH
 cukup walaupun sikit.tapi 
kalau kerja siang malam,duit
 banyak mana pun tetap tak cukup...kesimpulannya,,,


1-rajin-rajinlah khidmat 
ibu bapa,dulu dia jaga kita 
masa kecik,satu sen pun tak 
ungkit.


2-dengan adik beradik kenalah 
beralah,xkan sebab harta pusaka 
pun nak bergaduh.


3-kalau kita ada banyak harta pun 
tapi tak solat,tak puasa,tak 
berzakat,AL-QURAN sekadar hiasan 
je kat rumah tak pernah baca pun,
maka hidup kita tak kan berkat.


4-berkat datang dari ALLAH.jadi,
mintalah selalu.


5-kadang-kadang mimpi ni boleh
 percaya tapi jangan memandai 
pulak tafsir sendiri.


6-tak semua yg isteri cadangkan 
kita kene ikut dan tak semua 
kita kene tolak.tengoklah 
keadaan dan kesesuaian.


7-bila orang tawarkan sesuatu,
fikir dulu.jangan bila dengar 
untung je terus nak masuk,nak 
join..kang menyesal macam skim
 cepat kaya dulu.




*saya pernah dengar sendiri dari maulana syamim,
semasa maulana qasim nak buka madrasah darul uloom
 deoband,mereka mulakan pengajian di bawah pokok.masa
 tu bangunan tak dak lagi.satu hari,ade seorang miskin datang 
dan beritahu kepada maulana qasim,saya nak beri pelajar madrasah
 makan tapi saya tiada duit.hari ni saya akan cuba cari duit,bila dapat
 nanti,saya akan berikan pada kamu,sehinggalah waktu petang,orang
 miskin tu mencari kerja untuk dapatkan duit dengan niat ikhlas untuk 
beri pelajar madrasah makan.tetapi dia hanya mendapat dalam 
1 rupee sahaja.dia berikan pada maulana qasim.dengan 1 rupee tu,
maulana qasim beli keperluan makanan.
(mgkin masa ni 1 rupee nilainya besar)...
selepas kami makan makanan hasil duit 1 rupee
 yg org tu berikan,hati kami rasa bercahaya terang
 selama 40 hari..mudah sangat nak terima ilmu.
Di masa yg lain datang seorang kaya,memberitahu maulana Qasim,
dia nak jamu pelajar madrasah makn di rumah dia.
selepas makan makanan rumah orang kaya tu,selama 
40 hari nafsu kami rasa kuat sangat-sangat nak buat 
maksiat.kami cepat-cepat bertaubat.


inilah beza makanan berkat dengan tak berkat.ini kita main 
makan je siapa-siapa bagi kita tak tanya pun..tu yg hati gelap
 nak hafaz Quran hadis n telinga rasa bernanah bila kena tazkirah..
makanan pasar malam kita main makan je..kalau nak makan,
tengok dulu orang tu pakai tudung ke tak...sedangkan haiwan 
ternakan yg di laknat atau di maki oleh tuan nya pun NABI tak 
kasi kita makan,ni kan pula kita makan masakan orang yg tak
 solat,yg ALLAH sendiri telah laknat dia...




SARIY SAQATY rah. seorang wali ALLAH yg mahsyur,semasa 
di penjara,warden penjara nak berikan dia makanan,tapi dia tak 
nak makan.dia kata "tangan yang sama pernah siksa zalim orang 
dalam penjara tanpa salah,tangan yg sama hari ni pegang bekas
 makanan untuk hidangan aku makan"...kita naik kapal terbang,
depan mata tengok pramugari hidangkan arak,tangan yg sama
 juga hidangkan kita makan.kalau kita pergi rumah menteri atau 
wakil rakyat yg kita sendiri tahu dia dengan Agama buat sambil
 lewa,kita boleh selamba makan jamuan rumah dia sampai
 kenyang,kita kata "tak pe syeikh,ni duit rakyat,bukan duit dia"...






semoga kita jadi orang yg beriman dan bertaqwa dan
 menginginkan KEBERKATAN dalam hidup kita..
.INGAT!!! kalau kita jaga perintah ALLAH..ALLAH 
sesekali xkan sia-sia kan kita semua....






pantang di hidang makanan,semua kita bedal...
fikir dulu,sebelum merana....






sekian buat kali ini,
DR PAKAR SAKIT IMAN,
khanndaie@blogspot.com

1 comment: