Saturday, 7 December 2013

musaFaHaH dengan Hazrat Maulana Talhah Kandahlawi...

Pertama sekali hamba yg hina dina ini ingin memohon jutaan kemaafan kepada pembaca dan follower blog DR PAKAR SAKIT IMAN ini kerana hampir setahun hamba meninggalkan dunia goblog ini dek kesibukkan masa membawa ziarah tetamu ALLAH di Bumi Baginda SAW tercinta ini....

kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya bermusafahah sambil meneguk beberapa mutiara kata dari insan yg di gelar sebagai "MUSNAD BEGERAK" iaitu Sheikhul Hadith Hazrat Maulana Talhah Bin Sheikhul Hadith Hazrat Maulana Zakariyya Kandahlawi Rah....telah menjadi keinginan di setiap hati pecinta hadith juga rakan seusaha dakwah untuk bermusafahah dengan beliau kerana kemuliaan nya sebagai Syeikhul Hadith yg sgt faqeh dlm dunia Hadith seakan mewarisi ayahnya dan juga beliau dari keturunan Ulama' Hadith Dunia iaitu A'LI KANDAHLAWI(keluarga kandahlawi)...ayah beliau Hazrat Maulana Zakariyya ialah seorang Ulama Hadith yg begitu faqeh dan alim...kita boleh nampak kefaqihan nya melalui kitab syarah muwatta nya iatu Aujazul Masalik dan kitab syarah bukharinya...sejarah hidup Hazrat Maulana Zakariyya telah di kongsikan oleh Sheikhul Hadith Allamah Alam Hazrat Syeikh Abu Hasan Ali An-nadwi Rah dlm kitabnya dalam bahasa arab "Syeikhul Hadith Maulana Zakariyya"..Datuk Maulana Talhah pula ialah Hazrat Maulana Yahya yg juga Ulama Hadith yg sgt hebat di India..kisah tentang datuk beliau di ceritakan ayah beliau dalam kitab AAP BEETI...Maulana Yahya adalah saudara kandung Hazrat Maulana Ilyas Kandahlawi iaitu amer pertama Jemaah Dakwah dan Tabligh sedunia...moyang Maulana Talhah pula ialah Syeikhul Hadith Maulana Ismail Kandahlawi..seorang Ulama Hadith di india...pendek kata,memang seluruh keturunan beliau ialah keturunan yg sgt mulia..keturunan Ulama Hadith yg menjadi pembela sunah dan penentang bid'ah...



ni lah kitab AAP BETI yg menceritakan kisah hidup ayah Maulana Zakariyya
iaitu Maulana Yahya Rah. mendidiknya sehingga jadi Sheikhul Hadith Dunia...


Maulana Talhah di lahirkan sebuah rumah di daerah di bahagian barat wilayah utara Uttra Pradesh iaitu di kampung Kandalah di dalam gugusan Bandar Muzaffar Naqar..

rumah kelahiran Hazrat Maulana Talhah Rah..

saya bersyukur sangat kepada ALLAH kerana tinggal di BUMI MADINAH ini kerana setiap tahun hampir satu Dunia ULAMA dari pelbagai penjuru Benua datang untuk Menziarahi Baginda SAW dan saya mengambil peluang ini untuk bermusafahah dgn mereka dan meneguk mutiara kata dari telaga ilmu mereka...
menjadi kelaziamn Hazrat Maulan Talha kandahlawi untuk datang haji setiap tahun dan akan habiskan masa yg banyak di MadinatirRasul setelah menamatkan haji nya...setiap tahun beliau akan menetap di Thaibah Hotel..berita kedatangannya dan no bilik penginapan nya akan cepat sampai ke telinga setiap rakan seusaha dakwah melalui khadam nya....

ni lah dia Hotel Thaibah tempat penginapan Hazrat Maulana Talhah setiap tahun

KISAH PADA TAHUN 2012

sekali saya sedang berjalan-jalan dalam Masjid Nabawi sambil pandangan bekeliaran seperti mata ketam ke sana sini...tetiba saya terlihat orang bekerumunan bersalaman dengan seorang seakan syeikh besar di satu penjuru..menjadi kebiasaan kat Masjid Nabawi kalau ada orang berebut rebut tu mesti syeikh besar ataupun menteri...syeikh itu memakai wilchair..saya kelihatan orang yg mahu mengambil gambarnya di halang(bagi syeikhul hadith tidak mahu begambar kerana tidak mahu timbul takzim yg melebihi ALLAH)...sy segera mghampiri nya dan bertanya orang yg berada di situ...man huwa(sapa dia)??orang pun mnjawab..ibin zakariyya(anak lelaki zakariyya)...mashAllah sy teperajat sekali dan dengan perasaan bedebar sy menghampiri nya..tetiba ada sorang india yg telah mencukur janggutnya datang bersalaman dgn Maulana,maulana telah tampar muka orang itu dpn saya kerana Maulana marah dia cukur janggut..Maulana kata,kenapa kamu ziarah Rasululloh di sini sedangkan kamu telah mencukur hati Rasululloh(sb cukur janggut,buang sunnah)...orang itu menangis...maulana kata,tahun hadapan datang haji sekali lagi dengan berjanggut ya..maulana pujuk balik org tu..(org india tak marah kalau di tampar gurunya kerana faham kesalahan dirinya dan maulana juga tak buat kat org lain,cuma kat org india je,,kalau bangsa lain,maulana tegur je balik simpan janggut jangan cukur lagi ya)...kemudian sy pun hulurkan tangan dan buat pertama kalinya dapat bersalaman dgn maulana..bedebar rasa hati..yelah kan..aku ni banyak dosa...seram jugak..kang maulana bagi pelempang kang mcm india tadi..saja je...ahaks...
keesokan harinya sy mendapat berita bahawa Hazrat Maulana Talha buat program untuk orang malaysia di biliknya..bila saya sampai tgk beberapa orang "karkun" telah tiba dan bayan sedang di sampaikan..bayan di terjemah oleh maulana usamah jb...maulana banyak memberi penekanan tentang pentingnya mengajar Agama bagi orang alim dan pentingnya buka madrsah Agama di tanah air kita agar umat tak jahil..umat kenal Agama...masa nak balik,semasa musafahah,maulana nampak di setiap pegelangan jemaah haji malaysia ada gelang banggle tabung haji..maulana tanya,apa ni?kami jawab,ni tanda jemaah haji malaysia..sapa yg suruh pakai?kami jawab syarikat haji malaysia..pesan pada syarikat haji tu,banyak cara boleh buat sebagai tanda kenapa gelang yg telah di haramkan Agama di pilih..ini adalah pesanan khas Maulana kepada TABUNG HAJI malaysia....maulana juga telah nampak ada jemaah haji yg pakai t-shirt dan seluar jeans..Maulana kata,orang yg datang buat haji tanpa janggut n tanpa pakaian Rasululloh,tahun depan kalau boleh datang buat haji sekali lagi..kerana mereka telah buat haji tanpa roh..dan yg tidak berjanggut telah buat haji dalam keadaan berdosa....

gambar yg di snap secara curi2 oleh teman saya


KISAH PADA TAHUN 2013

saya mendapat tahu bahawa Hazrat Maulana Talhah telah sampai ke Madinah dan menginap di Hotel Thaiba di kamar 422..esoknya sy besegera ke sana jam 10 pagi untuk menziarahi Maulana buat kali kedua(2012 kali pertama)...sy mgajak seorang karkun besut yg datang buat haji bernama haji samsudin bersama...sampai di depan bilik,saya pun tekan loceng dan khadam maulana pun membuka pintu,saya pun berkata,Maulana Thalhah fi(maulana thalhah ada)?kemudian khadamnya kata,tunggu 5 minit ya..sy akan panggil kamu..sy pun duduk di kerusi depan bilik maulana...kemudian khadam tu panggil suruh masuk..masa sy masuk tu maulana masih di bilik air..dan sy suruh tunggu di tepi katil Maulana..tak lama kemudian Maulana pun keluar dan suruh duduk atas sofa bersama seorang mutarjim urdu...Tv Plasma hotel dalam bilik maulana di tutup dgn kain sb maulana bukan sahaja xtgk tv,nak pandang tv yg tak di hidupkan pun tak nak...kita???ahaks...

kami tanya berapa umur maulana?maulana jawap,80 tahun..maulana begitu uzur tapi senyuman dia buatkan hati kami gembira...Maulana kata,kamu orang tabligh ya?ya kami jawab..kami orang tabligh..maulana cerita tentang sejarah tabligh dari zaman awal Maulana Ilyas pada kami dan Maulana ceritakan kisah Madrsah Mazahir Uloom Sharanpur tempat keluarga Maulana berkhdmat untuk AGAMA dan kisah darul Uloom Deoband...kemudian maulana keluarkan satu beg kecil kitab..maulana kata,dalam ni ada sejarah awal tabligh sehinga ada satu kitab tentang 3 bayan terakhir Hadratji Maulana Yusuf Kandahlawi Rah..maulana sebutkan nama2 syura tabligh yg lama2 selepas kewafatan Maulana Yusuf rah..

beg kecil yg Maulana keluarkan

di dalamnya terdapat kitab2 asal usul jemaah tabligh

kemudian Maulana berikan kitab itu pada saya...alhamdulillah syukur sangat..maulana kata nanti minta sapa2 terjemahkan kerana kitab itu brbahasa urdu..tak lama lepas tu masuk seorang tamu orang pakistan tapi janggut nya di cukur..berubah muka maulana,maulana tanya,kamu Islam ke?kenapa cukur janggut..maulana panggil khadam nya suruh berikan satu kitab kepanya..rupanya kitab Kepentingan Janggut....

kitab kepentingan janggut yg di beri kepada orang pakistan tu

Maulana teruskan perbualan dgn kami..Maulana kata,bila nak datang india?kalau datang nanti pergi lah mazahir uloom shaharanpur..tempat maulana mengajar..maulana kata,kalau kamu datang,kami akan masakkan untuk kamu..maulana pun bagi no telifon pejabat Madrasah Mazahir uloom..kalau nak datang,telifon ya sblm datang kata maulana...0132-2659891..maulana kata jangan call lepas subuh dan lepas asar(masa ni Ulama2 sibuk dengan zikir)...call jam 10 am- 1 pm dan lepas magrib sampai isyak..kemudian khadam maulana masuk bawa popcorn dan buah-buahan hidangkan untuk kami..maulana suruh makan..segannya..patutnya saya yg kena bawa untuk maulana..selepas tu kami minta izin untuk pulang sb tetamu lain nak masuk pula..sy minta maulana doakan sy dan keluarga..maulana kata insyAllah..masa bersalaman nak balik tu maulana kata,kamu datanglah lagi ziarah saya di sini ya..senang sgt hati dapat tgk wajah Ulama Warasatul Ambiya'....Ya ALLAH,andainya kami tak layak menjadi Ulama,kau lahirkanlah dari keturunan kami Ulama yg buat dakwah,penegak sunnah seperti Maulana dan keluarganya...amin..


Maulana Talhah di ziarahi Maulana Tareq Jamel

Maulana Talhah sedang menelaah Kitab
maualana sedang makan


semoga perkongsian entry kali ini memberi manfaat kepada kita semua dalam mendidik anak2 kita mencitai Ulama' warasatul Ambiya...mohon doa kalian agar saya di beri kelapangan masa untuk berkongsi segala kenangan dan pengalaman di Madinah ini lagi..jazakauloh khairan jazak...






SEKIAN BUAT KALI INI,
DR PAKAR SAKIT IMAN
KHANNDAIE@BLOGSPOT.COM